Tuesday, 26 December 2017

Bankrup/ Muflis


 Salam n Hi.....

Apa Khabar korang? Sihat? Lama tak bersua dalam ni kan? Aku cuti sekolah, blog pun cuti sama.....😜 Oh....ya semalam tengah aku "menelaah" FB, ader seorang exstudent share kan satu artikel ni kat wall dier dan ianyer agak menarik untuk dikongsikan bersama. Pasal orang muda Malaysia yang ramai terjerumus dalam lembah kebankrupan. Awal bulan 12 ari tu aku g Brunei, anak sedara kawen. Dalam pada kami sembang2 tu dier ader utarakan pasal isu ni juga. Kadang terasa macam kena setempek kat muka aku aper yang dier cakap. Heheh....Sama macam aper yang ditulis dalam artikel ni. Nanti aku senaraikan aper yang sama. 

Muflis ni sebenarnya tak de la best sangat bunyinyer. Sangat tidak bagus, lagi2 jika kiter bekerja di sektor awam. Kiter hilang segala hak atas harta benda yang sudah kita kumpul sejak bertahun lamanyer. Ble rujuk SINI untuk tahu lebih lanjut pasal muflis. Ia bakal menganggu perjalanan perkhidmatan kiter. Berbalik pada artikel yang ditulis oleh Saudara Rahman Ariffin. Aku setuju aper yang disenaraikan antara sebab orang muda menjadi muflis. Kadang2 tak boleh juga salahkan orang muflis ni, mungkin dier ader sebab lain yang memaksa dier hingga jadi begitu. Contohnyer ader satu kes tu, seorang lelaki ni telah diguna namanya untuk buka satu syarikat. Sebenarnyer syarikat ni dipunyai oleh seorang yang berstatus bukan bumiputera, jadi untuk memudahkan segalanyer dier pinjam satu nama seorang bumiputera. Akhirnyer syarikat ni terkubur begitu saja dengan hutang yang menggunung. Oleh sebab nama si lelaki bumiputera ni dah tertulis atas kertas sebagai CEO syarikat, dier yang terpaksa menanggung natijahnya dan akhirnyer terpaksa di istiharkan muflis. Sebuah perjalanan hidup yang sangat menyedihkan. Oleh itu jangan suka2 bagi pinjam nama okey.....

Secara peribadi aku berpendapat, kadang2 dalam hidup ni, ader benda/ perkara yang tak boleh nak dielak untuk dimiliki atas dasar minat. Sebab zaman kiter kanak2 dulu kiter memang tak berpeluang untuk memilikinya. Ye la kiter bukan anak orang kaya, nak mengada2 berlagak macam orang kaya. Ini lah masanya bila dah bekerja dan ada duit sendiri, kiter dapatkan aper yang kiter mahu. Tapi sepatutnya ia masih berada dalam kawalan kemampuan kiter. Aku faham perasaan orang muda yang berdarah panas sebab aku pun pernah muda dulu. (Aikk? jadi sekarang dah tua la??....wehhhh...belum lagi la, masih muda remaja belia lagi...hehhehehh). Contohnyer dulu nak beli kete tunggu 3 tahun bekerja baru beli kete. Itu pun sebab dah puas naik bas turun bas, kadang2 tu terpaksa tunggu berjam2 baru la bas tu nak begerak. Balik sekolah pukul 1. Sampai rumah jam 4, 2 jam duduk dalam bas, selagi tak penuh dier tak begerak. Pecaya tak mula2 pegi keje dulu aku naik bas sekolah sekali dengan budak2. Hehheh.... Kenangan yang aku simpan kemas sebagai pegangan agar aku lebih menghargai sesuatu yang aku miliki. Balik pada cerita tadi, sebenarnyer tak salah jika kita ingin memiliki sesuatu atas dasar minat. Memang tak ble elak. Contohnyer, aku sendiri pun macam tu. Org lain nampak aku macam "ader2" je org nyer. Travel tiap tahun, padahal ko tak tau, aku travel terpaksa pikul karung guni bawak bekal dan aku ikat perut setahun tak makan nasik....hahhahah.....Okey itu Tipu!


1. Fotografi. Aku memang minat giler pada fotografi. Jadi aku tak teragak2 untuk beli kamera yang aku suka. Bukan selalu aku tukar2 kamera. Sekali sekala je.

2. Kereta: Oleh sebab aku peminat siri Fast & Furious, jadi aku berkenan giler pada kete sport. Tak mampu beli yang mahal aku labur duit modify kete honda acah2 kete Ferari....😝. Pun bukan selalu. Sekali sekala je labur duit yg banyak dalam satu2 masa.

3. Travel. Yang ini racun berbisa. Dah terjebak tak ble reverse balik. Tapi aku sentiasa sedar setakat mana kemampuan poket, jadi pilih la lokasi yang agak2 mampu ditampung oleh poket yang tak berapa nak tebal ni. Yang ini buat selalu tiap tahun mesti ader. Satu kaedah terapi diri dan reward untuk diri sendiri setelah setahun bekerja keras mencari rezeki halal. Cewah....😝

Untuk semua ni, ader benda yang aku cut sana sini. Hehehhe....Kedekut giler ko Niena!

1. Aku tak amik card credit, walau diasak berkali2. Untuk apa juga? Bilang org Sabah 😛 Sebab ia bukan satu keperluan untuk aku. Aku beli tiket flight guna Debit. Beli barang guna cash. Tak de duit, sudah diam2 je makan maggie.....😆

2. Lepak kat Sturbuck? Sturbuck kat Labuan ni baru sekali aku jejak. Itu pun sbb diajak kawan...hehhehe. Aku jarang makan luar kecuali bila diajak atau sekali sekala. Sebab nak jimat aku selalu masak sendiri. Dijamin kenyang dan sedap...(masuk bakul angkat sendiri...bila lagikan)

3. Aku jenis yang tak mengejar jenama pada pakaian. Tudung terkini segala bagai, tak de. Agak2 pakaian tu sesuai, kemas dan cantik di mata. Cukup. Layan juga jeans bundle, kadang2. Hehehh.....ok aper aku dapat made in Korea, USA kadang2. Kasut? Kasut paling mahal pun aku beli kasut Skechers untuk menjamin kesihatan kaki sepanjang mengembara. Kasut keje, bawah harga RM60. Yang ini pun kene jaga juga. Murah sangat karang melecet kaki, dah la tekejar2 masuk kelas. Penjagaan diri? ok yang ini aku jaga sket. Paling penting wajib ader diadorant dan perfume. Ko begaya bagai, tapi badan bau, orang tgk ko semacam okey!

4. Aku menjahit untuk baju keje sendiri. Kurang bajet utk upah tailor. Kdg2 amik upah kawan2 minta tolong jahit langsir, ote baju, jahit skirt. Ble la dapat upah sket2...

5. Aku buat tabung dan main kutu untuk travel. 

Alhamdulillah setakat ni belum muflis lagi. Nauzu billahi min zalik. Minta dijauhkan. Masih boleh bagi duit pada ibu bapa. Beli barang dapur untuk keluarga di kg. Tak berkira dengan adik beradik. Aku perasan bil elektrik aku untuk beberapa bulan kebelakangan ni di bawah rm20. Jadi tak payah bayar. Ini bermakna Allah SWT beli laluan untuk aku membantu keluarga di kg untuk share bayar bil elektrik. Betul la kata orang, Jika kita tidak membelakangkan keluarga dalam apa jua yang kita lakukan, Allah SWT akan permudahkan laluan rezeki untuk kita. Inshaallah.....

Paling penting, jadi la diri sendiri, jangan ikut rentak orang. Sentiasa berfikiran positif, dan berbelanja mengikut kemampuan poket sendiri.....😊 Tahun depan nak belajaq main saham pula 😛

Sekian....