Saturday, 19 September 2015

Hanoi (7): Naik Keretapi Malam Menuju ke Sa Pa....

4 Jun 2015

Sampai di Jeti, agak lama juga kami lepak di situ bersama group lain menanti bas masing2 tiba dari Hanoi. Tak banyak perkara yang dapat dilakukan di sini. Bandar Halong Bay yang menempatkan bangunan kedai pun agak jauh. Eh...?? Jauh ke?? Rasanyer tak de la jauh giler kot, aku ckp jauh sebab tak nampak bangunan2 dr kedudukan tepi jeti ni. Mungkin boleh je jalan kaki, tapi...untuk mengelakkan risiko ketinggalan bas yang tau tau bila nak sampai, eloklah kiranya membuang masa di sini saja. Aku seperti menonton wayang, melihat beberapa kumpulan pelancong datang dan pergi. Suasana agak sibuk, Halong Bay memang menjadi tarikan utama pelancong, kiranya tak sah kalo tak jejak Halong Bay :).

45 minit kemudian sampai la bas kami. Alhamdulillah. Syukur. Dalam bas, aku bantai tido. Zymah??..Tok sah cakap, dier mmg senang tdo. Bising ke, goyang ke, tak dak masalah. :D:D :D Psssttttt.....Mamat handsome baju merah tu duduk sebelah kerusi kami la. Dari ekor mata aku tengok payah dier nak tidoq, mana tak nyer, kaki panjang sangat. Hehehe......Tp sebab aku ngantuk aku tak hirau dah dier, aku sambung tdoq. Sama macam mula2 pegi ari tuh, bas ni akan singgah di satu tempat, untuk sape2 yang nak membuang hajat. Tempatnyer tak sama macam tempat ari tu. Selain dari ader "singging room", tempat ni juga ader jual jajan, buah2-an, air. Ader juga dijual makanan yang dimasak. Tak dak masaalah bagi non-muslim. Kami cuma beli air, dalam beg aku ader lagi bun import khas dari Malaya...;p, coklat juga. Cukup la... Di sini kami bertemu dengan satu kumpulan pelancong dari Indonesia. Tepatnya satu keluarga. Gak sempat bertegur tapi saling berbagi senyum. Alhamdulillah, tanda silaturrahim katanya... Gimana tau dr Indo?? Yah...sama koq, kalo pakai hijab itu pastinya, kalo tidak Malaysia, Singapura, Brunei atau Indonesia.....ahhh.. tepatnya asean lah...#tetibatukaqslangindo...:D

Tiba di Hanoi kira2 jam 6.00pm dan Kami dihantar terus ke May De Villa Hostel. Ini yang aku agak suka hostel ni, kami boleh simpan barang di stor, tumpang mandi, charge hp, tengok tv dan sebagainya. Nak makan maggie pon ble sebab ader air panas disediakan diluar. Tempatnya di tingkat 2. Ruangan ni kecik aje (macam ruang tamu) tapi agak selasa, Cuma tak de bilik untuk salin baju. Hanya kami yang ada di sini ketika itu. Jadi aku amik keputusan untuk mandi lebih awal sebab takut nanti ader pelancong lain yang sama kes macam kami, depa juga akan duduk berehat di sini. Tapi sehingga kami turun ke lobi hostel pada jam 7.30, tak de orang lain pun datang ke ruangan ni selain dari para pekerja yang melintas sekali sekala untuk ambil barang di bilik berehat mereka.

Tepat jam 8.45pm, kami dijemput oleh seorang pemuda. Aku lupa tanya nama, kiter panggil dier comel, sebab dier memang comel :) Dier carikan kami teksi untuk ke stesen Keretapi dan dier pula naik motor mengekor dari belakang. Oh ya, yang ini kami tak perlu keluar duit, oleh sebab kami amik pakej di Sa Pa nanti dari hostel ni, jadi bayaran tu masuk sekali (Hantar- Jemput) dari stesen keretapi Hanoi. Bonus katanyer, padahal dah masuk dalam harga pakej tu. :D...Si Comel ni sempat bagitau, jangan dok kalut sbb stesen ketapi tu dekat je, kira2 2km dan tambangnya sekitar USD1 (mungkin lebih murah jika di bayar menggunakan Dong/ VND). Tapi harus hati2 ya, dengarnya ramai pemandu teksi di Hanoi "kaki kenching", Bila baca blog orang lain, ader je yang kena tipu, depa guna jalan jauh, pusing2 tang tu juga, paduhal jarak ke stesen ketapi tak la jauh mana. Pastu kenakan tambang kaw2 punye...Bertabah ajerlah sekiranya terkena. Tapi ader juga yang jujur, inshaallah..seperti pemandu bas mini yang menghantar kami ke airport Hanoi. Nanti kiter cite kendian.

Tiket Keretapi Dari Hanoi ke Sa Pa dengan harga USD80 pergi- balik. 
Oh ya, kalo amik pakej dr hotel, pastikan depa bagi kiter tiket ketapi yang sebenar dan bukannya voucher. Sebab nanti nak kena tukar pula ke tiket original, leceh. Tiket Ketapi macam kat atas tu yang mana ada tertera tarikh, gerabak, jam berangkat dan sebagainya. Stesen ketapi Hanoi ni kecik aje. Bangunan waiting room dan tempat membeli tiket juga terpisah. Letaknyer berhadapan antara 1 sama lain. Oleh sebab kami dah ader tiket, si Comel terus bawa kami ke bangunan waiting room sambil menonton perlawanan bola. Katanya dier akan hantar kami hingga ke gerabak 6 nanti.

Bangunan Membeli tiket berhadapan je dengan bangunan waiting room.
Bangunan Stesen Keretapi Hanoi.
Gambar lebih jelas. Di"copet"dari blog http://www.farrisnoorzali.com/....Ampunkan patik kerana mencopet tanpa izin....Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali saya copet lagi...:D

"Ga Ha Noi": "Ga"bermakna Stesen Keretapi dalam bahasa Vietnam. 
Si Comel baju biru tengah kusyuk menonton bola...
Ruang menunggu. Pintu yang aku tunjuk dengan anak panah merah tu, pintu keluar menuju ke keretapi. 
Menanti dengan penuh sabar....Ruang menunggu yang ader aircond. 
Oh ya di sini kami bertemu dengan seorang pemuda cina berdarah Malaysia...:D. Zymah sempat sembang ngan dier. Ayahnya warga China dari Ghuangzho. Manakala ibunya berasal dari Sandakan Sabah. Dier seorang pelajar yang sedang bercuti bersama rakan2. Tak fasih berbahasa Melayu tapi faham dan ble bertutur sket2. Orangnya baik dan agak prihatin sket, dapat dilihat ketika pengumuman meminta semua penumpang masuk, dier pergi semula ke tempat kami dan mengajak masuk ke dalam keretapi. Kak Sent kata nanti kami masuk sebab si Comel masih khusyuk menonton bola :). Aku ingat si Comel tak nak berebut2 sebab tu dier lambat sket hantar kami sampai ke gerabak. Nasihat aku kalo kiter pegi sendiri, adalah lebih baik bergerak masuk lebih awal, takut tersalah naik train. Tapi ble je tanya kat Pak Guard kalo rasa ragu2.
Kami...
korang perasan tak aku pakai baju tu banyak kali?? hihhi....Sebenarnyer aku dah mandi masa di hostel tadikan, tapi pakai balik baju ni. Nak jimat baju bersih katanyer...:D. Dan sebenarnyer, baju ni aku sempat cuci malam kami sampai di Hanoi. Cuci bersih dan jemur dalam bilik mandi. Ajaibnya, esok pagi baju ni kering (kering2 manja) dan aku ble bawa pegi Halong Bay. Sampai Halong Bay, dapat bilik, aku jemur lagi atas katil. Ini bermakna cuaca Hanoi adalah sangat panas ketika ni.

Menuju ke keretapi
Keluar saja dr pintu yang aku tunjuk dengan anak panah tu, terus jalan ke arah keretapi kiter (yang tertera di tiket kiter). Kami punya ketapi bukan yang depan ni ye, tapi ader di sebelah kiri (terlindung). Oleh Sebab ader si Comel yang menghantar, jadi kami tak de risau, tinggal mengekor je dier macam anak itik ;p. Sampai di gerabak 6, baru lah si Comel mengucapkan selamat jalan dan sempat mengingatkan kami, bahawa nanti dier juga yang akan menjemput kami sekembalinya dari Sa Pa. Tepat jam 9.50pm train ni pun bergerak meninggalkan bandar Hanoi. Perjalanan menuju ke Sa Pa memakan masa lebih kurang 9-10 jam.

Sebenarnyer ada 2 pilihan kalo nak mai Sa Pa. Samada nak naik bas atau Keretapi. Jika nak naik bas tambangnya adalah kira2 USD25/= dan tempoh perjalanan mengambil masa 11 jam, Untuk sampai ke Stesen Lo chai, Sapa. Kalo naik train tambangnya adalah USD40/=, tempoh perjalanan pula adalah 9-10 jam. Boleh rujuk sini http://www.sleeperbusvietnam.com untuk menempah tiket secara online.

Gerabak yang ader katil. Yang ni ader 8 bilik dan setiap bilik ader 4 katil bertingkat. Tandas ader 2. Yang kat hujung sana siap ader singki lagi. senang nak cuci gigi dan muka, tak yah masuk tandas. Tandas agak bersih sebab sebelum ketapi bergerak, tak dibenarkan menggunakan tandas. sebab tak dak air. Dan di sini juga disediakan air panas. maka boleh la kami masak maggie dengan secawan nescafe sebelum tidoq. 
Oleh kerana kami masih muda belaka, jadi kena amik katil atas...:D

Malam tu, tidoq ku agak selesa dan nyenyak walaupun goncangan train ni sangatlah kuat dan bunyi gedegung2 agak memekakkan. Cadar dan bantal juga bersih dan wangi.

Gambar di waktu pagi, di ambil dari dalam train yang sedang bergerak. Aku ingat train ni agak lambat sket. Dier bergerak sangat perlahan dan agak sentimental apabila tiba di kawasan petempatan/ kampung, dan bergerak laju bila sudah melepasi kawasan tersebut.

sungai....
sawah padi 


Penduduk tempatan......
  Bersambung.......

Tuesday, 15 September 2015

Hanoi (6): Melawat Ladang Ternakan Tiram..

4 Jun 2015


Seperti biasa bangun awal hari ni. Nak amik gambaq sunrise katanyer.....Aku dah kongsikan gambar kat entry sebelum ni. Kalo sudi ble la klik Part 5 atas tu...:) Bila aku buka pintu rupanyer jiran bilik sebelah ni pon dah bangun, siap bertenggek kat tepi bahtera. Pon sama juga gantung M-16 kat bahu. Matahari agak awal memunculkan diri. Aku tengok anak2 kapal masih tdoq dalam bot kecik tu. Ye la musim panas kan. Cuba tiba musim sejuk, rasanyer nak beku juga tdo dlm ruang terbuka macam tu. Sebenarnya ada bilik untuk anak2 kapal. Tapi mungkin depa selesa tdoq atas bot kecik, sebab sejuk.

Sarapan ala kadar. Roti, jem, air teh hangat. Masa ni siap2 dah mandi. Selepas sarapan Tuant kata kami akan di bawa melawat ke Ladang Ternakan Tiram. Ladang ok.....Sepanjang hidup ni, aku fahamkan ladang ni, satu kawasan yang ader rumput saje, rupanya atas air pun ble sebut ladang juga. Bila sebut tentang mutiara, tiba2 ingatan tentang lagenda naga berlegar kembali. Kononnya beratus2 pulau di Teluk Halong Bay ni wujud disebabkan oleh naga yang telah meludahkan mutiara ke dalam lautan.. Betul la tu, kini kita boleh cari mutiara tu di dasar lautan, klunya cari tiram dulu.....:p


memulakan perjalanan
Dah sampai.....

Adalah menjadi satu kelebihan bagi negara-negara yang mempunyai pantai yang luas dan panjang. Pasti di dalamnya tersimpan sesuatu yang unik dan berharga, Contohnya kalo kita pergi ke Rantai Panjang, musim Penyu bertelur adalah masa yang kita teruja untuk menyaksikannya. Di Sabah, kita boleh tengok hamparan batu karang yang cantik dengan ikan berwarna-warni di dasar lautan. Di Vietnam pula mutiara menjadi sesuatu yang unik dan menjadi tarikan pelancong. Oleh sebab itu, ianya dijadikan sebagai salah satu perniagaan yang menguntungkan.

Di sekitar Halong Bay ini saja terdapat 2 ladang ternakan tiram yang dibiayai oleh kerajaan Vietnam. Perkampungan Mutiara ni mula ditubuhkan pada tahun 1995 yang asalnya diusahakan oleh sebuah syarikat dari Jepun. Setelah bertahun-tahun diusahakan oleh pakar2 Jepun, akhirnya Ladang ini dipindah milik kepada Kerajaan Vietnam.

Tiram sedang dibersihkan untuk proses menanam/ telur tiram. 

Sangkar Tiram

Tuant, membawa kami melawat ke ruang galeri/ pameran/ maklumat tentang mutiara ni dan menerangkan beberapa jenis mutiara dan bagaimana ia dihasilkan. Kemudian, kami dibawa keluar dari ruangan tersebut, mengelilingi sangkar tiram terapung, dimana beberapa jenis Tiram Mutiara diternak dan dipindahkan. Selepas itu, masuk pula ke ruangan pemprosesan pembiakan mutiara. Bagaimana? Iaitu memasukkan nukleus di dalam tiram induk atau ibu tiram.

Salah sorang pekerja yang berada di ruangan pengkulturan tiram.
Kena buka mulut tiram dulu dengan menggunakan pengepit
aduhhhhh.....sakitnyaaaaa
ok itu depa tengah masukkan nukleus dalam ibu tiram...
Proses memasukkan Nukleus.
Sebelum nucleus boleh dimasukkan, induk tiran perlu disuntik terlebih dahulu bagi menggalakkan pengeluaran telur. Kemudian bahagian lapisan “mantle lobe” (dikenali juga sebagai “piece” daripda moluska lain dipotong dan disediakan untuk dilekatkan pada lapisan kulit. Satu belahan perlu dibuat pada bahagian tisu lembut tiram menggunakan alat yang tajam (Contoh: Pisau pembedahan –“scalpel”). Kemudian “piece” tadi akan dimasukkan kedalam belahan ini bersama-sama nukleus.”Peice” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”. Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun.

Ketika di sana, kami juga ditunjukkan cara-cara membelah tiram untuk melihat mutiara. (Biasanya depa tak makan tiram mutiara). Tiram sebenarnya ader beberapa jenis. Ader tiram yang jenis untuk dimakan saja dan ader tiram mutiara. Tiram mutiara ni pun ader beberapa jenis lagi. Tiram yang hak untuk dimakan saja tu, pun sebenarnya boleh menghasilkan mutiara tapi malangnyer mutiara tu tak berkualiti dan tidak ada nilai pasaran, tapi kalo nak simpan buat suka2 tak pe, ble je amik.   

Pekerja tengah membelah tiram, sambil tu dier suh teka, ader mutiara ke tidak dalam tiram? Kak Tie jawab, äda". 
Yeahhhhh.....betul ader mutiara. Ingatkan kalo berjaya jawab dier bagi lah mutiara tu pada kak Tie, rupanyer nan hadooooo....Kesian.

Penternakan mutiara ni juga sebenarnya bergantung kepada alam sekitar laut tu. Biasanya kalo persekitaran tu tercemar, ia akan membawa kepada kegagalan tertentu, misalnya dari segi kualiti mutiara tersebut. Selain tu faktor lain yang perlu diambil kira ialah kemasinan dan kedalaman air, apabila menaikkan pelbagai jenis tiram. Di bawah keadaan yang sesuai, maknanya takde apa2 masalah, ia mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun sebelum tiram menjadi cukup matang untuk menghasilkan mutiara dan kadar kejayaan adalah kira-kira 40%. Contoh yang kita ble amik misalnya, Mutiara yang berukuran lebih 10mm, untuk mencapai ukuran seperti ini, ia mungkin mengambil masa sehingga tujuh atau sepuluh tahun. Ada 2 perkara yang menentukan nilai/ harga mutiara. Pertama saiz. Ke-2 baru kualiti.


Kak Tie disangkar pembiakan Tiram.
Group lain tengah meneka jumlah mutiara dalam Tiram.
Kedai menjual produk mutiara di tingkat atas. 


Bagaimana kiter nak mengenal kualiti mutiara? Kriteria yang penting dalam menilai mutiara ialah kehalusan pada permukaannya. Kecacatan mutiara sukar ditentukan, tetapi ianya boleh ditentukan melalui tanda/ bintik ataupun lekuk yang kelihatan. Untuk mengenal kecacatan mutiara, permukaannya bolehlah diusap dengan hujung jari. Mutiara yang ada 2 atau lebih bintik, tidak berkilau, walaupun ada kecacatan tapi masih ble/ sesuai dibuat cincin dengan menambah sedikit kilauan pada permukaannya.

Mutiara yang berat sudah tentu mempunyai lapisan “nacre dan dapat bertahan lama, manakala lapisan yang nipis/ halus hendaklah dielakkan. Mutiara yang mempunyai kecacatan yang sedikit boleh digunakan untuk kalung (rantai leher) tetapi ianya tidak sesuai untuk cincin. Harga mutiara adalah ditentukan oleh saiz berbanding dengan kualiti. Contohnya harga “loose pearls’ bertambah bagi setiap milimeter garis pusat. Dengan lain perkataan, harga mutiara bersaiz 7mm amat berbeza dengan 8mm. Semakin besar saiz mutiara tetapi ader sedikit kecacatan, maka harganya tetap tinggi.

Kami di Halong Bay...
Berlatar belakangkan batu kapur...


Aku ingat, Halong Bay ni sesuai dijadikan lokasi kajian untuk budak2 Geografi. Mengenal bentuk muka bumi. Mungkin boleh berkoloborasi dengan Kelab Pelancongan.....amboi cepatnya merangka angan2. Kalau la....sekolah aku kaya, alangkah bagusnya. Banyak benda dan perkara boleh dirangka. Hahah.....#banyaknya tempat menarik dalam Malaysia, ko nak juga ke Halong Bay buat kajian katanyer....paduhal lebih nak makan angin!! :D :D


Ok, Sudah sampai masa untuk pulang ke bahtera. Biasanya kami yang kaki posing, merupakan orang yang paling akhir masuk ke bot, tengok la...orang dah duduk dlm bot, kami sempat pula jepret sehelai 2 gambaq. Sowie guys.....ini mungkin kali terakhir aku jejak kaki mengelilingi Halong Bay, maklum la bajet ciput tak mengizinkan aku untuk datang 2, 3x macam korang. So bagi chance la aku jadi jakun kejap.... ;p




Geng yang sporting. Handsome nyer mamat baju merah....;p
Kami tak beli pun sebarang mutiara kat sini. Satu bajet tak cukup. Ke-2, errr......kat Sabah pun ader, banyak kot kat Pasar Budaya tu. Sangat banyak pilihan, pilih saja mana nak. Harga pun ble tahan berpatutan kalo pandai menawar, kaw2 punya harga. Kawan aku dari Klate siap borong sampai rm200 tuhhh....tapi berbaloi bila dier balik sana jual balik, dapat la balik modal.

Lagi kawasan penternakan Tiram. ader pelampung di situ..


Sekembalinya dari Pearl Farm, bahtera ini akan terus belayar pulang ke Jeti. Dalam perjalanan pulang nanti, ader beberapa geng yang amik pakej 3d2n akan berpindah ke bahtera lain dan meneruskan pelayaran ke beberapa Pulau sekitar Halong Bay. Manakala pelancong yang dah tamat pelayaran 3d2n akan berpindah masuk ke bahtera kami dah akan sama2 pulang ke jeti. Bertukar tempat la kiranya. Tuant juga sama dia akan join geng kami yang amik pakej 3d2n dan bertukar tempat dengan kawan dier. Maknanya Tuant tak kan pulang dengan kami.......alaaaaa......miss u Tuant...#flyingkissforU....:D

aku & kak Sent yang selalu bertelagah...wakakakak......
Aku ngan Kak sent, memang selalu bertelagah.. Hehhehe..... "Bertelagah" dalam erti kata perbincangan untuk mencapai kata sepakat, kadang2 ia jadi "panas". Hahah....Sebab kalo travel bersama, yang tukang plan tu kami 2 orang. Kalo ader Kak Tie, baru perbincangan tu jd 3 orang. Yang lain biasanya akan ikut saja apa jua keputusan. Tapi, sungguh kak, me tak simpan dalam hati. Hehheh...(emo sikit). Memang mula2 saja me terasa hati tapi sekejap ja lepas tu ok sdh. Aku dan Kak Sent dah lama berkawan, sejak dari zaman U lagi, jadi bila dah lama berkawan, hal yang kecik2 tu, alahhh.. tolak tepi la. Kalo kak sent baca ni, secara jujurnya me sangat menghormati kak sent dan ada beberapa perkara me sangat kagum. Pada keberanian (wpun kadang2 u takut mencuba...hehheh), pada ketabahan, ketelitian, kerjasama...dan satu yang paling me kagum, kak sent sentiasa berfikiran Positif....Moga aura positif itu tempias pada me.....hihihi.....


Ini la keje kami posing tak abih2....
Ok sambung.....Bila Tuant & geng 3D2N belayar pergi, dan diganti oleh Tour guide baru (aku lupa nama dier). Kiter panggil dier Mat la, senang. Mat ni akan mengendalikan aktiviti memasak. Memasak masakan Vietnam katanyer. Aku ingat memasak kaw2 punya resepi la macam si Jamie buat, rupanya buat kuih je. Macam buat ala2 popia la. Mat ni terangkan bahan2 yang digunakan seperti suhun, sayur, lobak, daun bawang, telur, bawang besaq.....yang hitam tu ntah lupa apa benda. Pastu dier akan campur semua bahan tadi, kacau2 sket.....dah sebati, dia bentang kulit popia, pastu amik sket bahan2 yang dah digaul tadi masuk dalam kulit popia, susun2 sket guna sudu bagi elok terletak. Pastu gulung dan gam sket guna tepung kat hujung tu bagi dier lekat supaya bila goreng nanti tak terburai popia dier. Dah siap dier tunjuk 1, dier pun suh kami cuba.

Kami 4 org tak buat pun, tumpang tengok je sebab dier ader letak daging dalam mangkuk lain, yang pastinya tak halal. So geng2 Mat Salleh ni pun buat macam yang Mat tunjuk tadi. Sape yang suka daging dier akan campur popia dier dengan daging, yang vegetarian tadi tak bubuh daging. Dah siap semua depa pun goreng dan makan sama2. Aku tak amik gambar part ni, malas. Alah aku tiap raya salu je gulung popia tapi popia kecik la. :D.... Ari tu aku ader cite kan, yang ader 1 group lagi geng sekolah aku pun sama datang Hanoi? Cik T cite, depa pun ader buat juga aktiviti masak....ader la kawan lagi satu ni cerewet sket pasal kebersihan. kan depa semua diminta mencuba untuk mengulung popia. Dier merungut geng lain ni tak cuci tangan, geli. Tapi geli2 dier makan jugak popia tu....Hahaha....

Ini antara bahan2 nak buat popia Vietnam...
Baju pink tu geng baru yang baru pindah dari bahtera  yang satu lagi. Macam dier travel solo.
Kami dah tak dibenarkan masuk ke bilik sebab depa dah mula bersihkan semua bilik. Sebelum sampai ke jeti semua perlu siap untuk ambil pelancong baru pulak. Pelayaran pulang ni terasa agak lama, Apa lagi nak buat, selain dari melakar kenangan dari sebuah photo. Jom jepret....:)


Memikir perjalanan seterusnya...
amboi sedap landing depan pintu lagi....



Kak Sent Berlatarbelakangkan Pulau Ti Top
Pulau Ti Top dari kejauhan...

bersantai atas dek bahtera....

Kenapa batu tu ader garis2 menyerong seperti dikerat pisau??? Cuba jawab....
Dah sampai jeti 





Selamat tinggal Halong Bay......

Million Thanx to:
https://mutiarasabah.wordpress.com
http://elizabatz.com