Sunday, 24 June 2012

Antenna Patah


Ari ni tadi aku memang tak plan g mane2. Nak rehat je kat umah, sbb smlm aku dah kuar seharian. Pagi ader Program bagi buku rekod anak2 sekolah, pastu terus ke bandar beli sarung tangan untuk sukan. Dapat. Balik rumah. Tdo. Ingat ble la rehat jap..baru nak lelap mata, budak seblah ni melalak la pulak. Ilang menan pun nak nangis. Aku dengar mak dier dok sembang ngan kwn dier kat dapo. Datang kejap pujuk dier then biar kan. Nak perhatian tu sbb mak dier kan ader tetamu, makin la dier nek minyak. Trep tu, bukan aku tak taw...Uhh...bangun terus siap2 ke pantai. so ari ni aku memang tak keluaq2 umah, kecuali buka pintu dapo untuk jemur pakaian.

Sekali malam ni tadi aku kluaq nak cuci kete. Punyer la tekejut bila tengok antena kete aku terkulai layu di tasik madu!! Shittt....kan. Tak laen a, aku syak anak jiran seblah ni yang dok amai tangan, gentel2 antena aku. Malang sungguh aku dapat jiran sakai gilerrrr....dier ingat ini antena ultraman ke aper. Ini antena kete la bongok......aihhhh geram la! Aku baru je tukaq bulan 5, skang dah patah. Dah la aku beli mahal,  terpaksa ikat perut tau. Itu pun sbb yg lama dah pecah. Cari yg murah tak jumpa. Terbang juga RM 45. Rm45 tu kalo aku simpan ble beli minyak kete. ko senang2 je patahkan. Pastu, yang aku nyampah tu, mak bapak dier buat tak tau jew.......

Datang bagitau takdek. Apatah lagi nak mintak maaf. Dier tak ble rasa ke yg aku akan tuduh anak dier buat? Anak org lain tak der main depan umah aku, melainkan anak dier. Aku ader gak anak sedara lelaki, ramai plak tu. tapi tak der la sakai tahap gaban macam dier ni. Ntah dari ulu mana dier datang sampai jakun macam tak penah tengok bendalah ajaib. aku tau la ko tak der kete....tak yah la ko nak menjahanamkan kete aku.

aku redha tapi aku tak izin, tak maafkan n etc.... sbb aku teringat aku ikat perut sbb terpaksa kuar duit beli antena ni. ko ingat senang ke carik duit. 5 sen pun aku bekira tau. kalo org kata..."ala 2, 3 hengget je pon......."aku peduli aper, itu ko jumpa 2, 3 hengget. Yang aku tau aku jumpa n beli ni di kedai cina dgn age 45......

To Jiran: harap ko sedar sket yang anak ko tu sakai n dah patahkan antena kete aku. Kalo ko bayar bagus. tapi kalo ko tak bayar len kali ko perati salu anak ko tu buat aper. jangan dok tgk tv je manjang.....!!


Wednesday, 20 June 2012

Kau Senja Umpama Panggung Wayang

Photo By: Mohd Salim Mohd Ibrahim
Dan kau lihat juga ada anak kecil memerhatikan dari jauh bahawa umurnya juga kau bawa menyeberang lautan. Dia mungkin berfikir kau belon yang sama tergantung di ayunan, tapi belon ini aneh yang dia khuatir jika raksasa.


Tapi, kau mungkin mengisyaratkan bahawa esok kau akan kembali dan dia menjadi dewasa. Kau adalah matahari yang mendewasakan tapi ketika kau tercungap-cungap dan menggelagak di hujung lautan, rupa-rupanya kau sudah menyahut suara Bilal dan awan yang melipat sejadahnya, lantas berlari--lari lagi membuka tirai bulan.


"Salam!" Bulan pun senyum, Tuhan menjadikan dia umpama suatu umur yang bermula melengkung seperti janin, kemudian mekar pada umur empat belas, sebelum sgagah laki-laki atau perempuan yang berasakan manis berhias untuk memikat kejora supaya mencintainya sebelum kembali semula seperti sabut kelapa dan lali!


Matahari yang kau pinjamkan apinya hanya bergilir menjaga umur insan, juga unggas dan yang melata. tapi senja selepas kau jatuh bergeggaran menyelami lautan, dan bulan yang kononnya digilai pungguk hanya hiasan bidalan yang kadang-kadang tidak bererti bagi pengembara yang sesat di belantara duniawi. Kau itu bagai kereta peronda polis yang mengejar pencuri atau kereta ambulans yang bergegas ke hospital. Apa yang hairankan?


Atau kala kecemasan, mereka mahu kau umpama peluru tornando yang diharapkan segera memadam kerkebakaran di hotel enam bintang.


Atau kau bukan penanda umur supaya kemudaan terus menjadi makanan yang enak dan lazat. Walaupun ada yang mengatakan kau itu dewa perempuan yang sweet seventeen!


Tapi pujian itu lantas membunuh mereka senyap-senyap


Yatim Ahmad
Putatan
20 Jun 2012

Tuesday, 19 June 2012

Aku Si Kucing Jalanan

Photo By: Hkhtt Hj

aku si kucing jalanan
hidup bebas tanpa tuan
comot, kurus tak terurus
namunku tak minta dimewahkan
cukup, kau beriku sepotong makanan
buatku mengalas perut


aku si kucing jalanan
mengigil dek kebasahan
tak ku peduli insan mulia menghulur makanan
duduk diam tanpa reaksi
barangkali bisa meredakan kesejukan ini

Aku si Kucing Jalanan
setiap detik perjalananku adalah perjuangan
perjuangan mencari rezeki
demi kelangsungan hidup
seringku lihat si kucing parsi

tika duduk berehat kepenatan

dikendong manja, dilayan bak bidadari
ibarat menekan remote
semua tersedia di depan mata

perlahan ku bangkit
ku tinggalkan moment indah untuk si kucing parsi
maaf aku tak pernah menyesal, apa lagi mencemburuimu
malah terbit kebanggaan di hati kecil
aku lah wira, hidup di atas ikhtiar sendiri
walau aku hanya si kucing jalanan




                                                                       Nanie Amat
                                                                          Labuan
                                                                       20 Jun 2012




Monday, 18 June 2012

Kau Perahu Yang Tertidur Pada Matahari....


Photo By: Nanie Amat
Kg. Layang-Layangan, Labuan F.T

KAU PERAHU YANG TERTIDUR PADA MATAHARI

Dan kau tak pernah letih dimabukkan ombak
atas kesetiaan pada gemuruh peluat yang membunuh gusar pada gelombang
taufan, kau dikalahkan kerana
selalu tidak mengerti bahawa tali temali
yang dihulur kedasar lautan itu adalah
suatu doa yang apabila diucapkan
awan enggan menemanimu lagi
dan matahari juga akan merungut
kau tersisih lalu selembut bayu.

Memang lautan adalah nyawa
untuk karang-karang mengintip ikan
juga mengalun lagu samudera
dicelahnya rumpai menari
melenakan mutiara di batu-batu
adalah kau selalu mengucapkan
salam kepada penyu yang tiba
dari pelayaran jauh dan kemudian
nyenyak pada dasar pasir dekat terumbu.

Lalu, kedatangan sampan dan pelaut
adalah teman kalian yang selalu sahaja
ia bosan jika terdampar di pantai,
walaupun kadang ia terlena atau mengigau sepanjang
musim tengkujuh kerana jemu duduk di pasir.
Ia adalah resah jika ikhitiar kehidupan
untuk dapur sang nelayan tidak berasap dan menanak nasi
untuk sesuap mulut mereka yang lapar,
sedang yang menyedari kesulitan ini menganggap tangsi yang dihulur menduga rezeki di dasar laut itu bakal diberati harta kapal karam atau permata. 

Maka,
resahlah ia andai sering sahaja terdampar diselutt debu,
sedang kalau mahunya ia mengelonsor sahaja,
biar hanya mencicip anak ombak yang belajar mendaki daratan.

Kau itu sampan yang terkadang terbiar di pantai,
reputmu menjadi hitam dan kemudian menjadi puing yang lautpun enggan menerimamu kepingan yang pecah lalu menghantar kau terdampar,
sekurang-kurangnya kau rumah anak ketam yang baru belajar mengolek bebola kecil dekat lubangnya.

Kau sampan yang berjasa pada hayatmu yang selalu bermain nasib di lautan,
kadang kau pecah kerana enggan kembali ke daratan,
lalu karam, dan pelautmu kau biar tenggelam.


Yatim Ahmad
Kota Kinabalu



Mengejar Sakura Di Xi'an: Part 4: Muzium Teracotta

20 Mac 2017 (Isnin) Hari-3 Salam n Hi Sume.... Hari ni semua bangun awal. Awal2 pun aku subuh gajah juge. Bilik mandi cuma 1 jadi berg...