Friday, 1 February 2019

Kembara Jeju: Mt. Sanbangsan (Part 5)

2 Dec 2018 (Ahad)

Sanbangsan
Perjalanan Diteruskan menuju ke Sanbangsan, 15km dari Junsangjeolli. Kira-kira 30 minit memandu sampai la kami ke sana. Sanbangsan adalah salah satu daripada beberapa kawasan tanah tinggi yang terdapat di Pulau Jeju. Kebanyakan bekas gunung berapi yang diketahui ramai hanyalah Gunung Halla, tetapi sebenarnya terdapat banyak oreums (bukit) dan beberapa gunung rendah (sans) yang boleh didaki atau hanya sekadar melawat di kaki bukit/gunung. Sanbangsan adalah salah satu daripadanya. Memiliki ketinggian 345 m, Sanbangsan menawarkan pemandangan indah dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancongan disekitarnya.

KP n Me.....Angin kuat kat sini. Konon kebal kan sekali, mari angin sejuk dari laut, terus berlari kami kat bus stop tu 😂
Laluan menuju ke Yongmoeri Beach
Kami tak pegi pun sampai yang ader replika bahtera tu.....nampak macam jauh, rasanya kalo kiter terus ke bawah sana, baru kiter jumpa pantai Yongmoeri, yang tebing batu dier unik tu.
Patung Budhha.
Pada asalnya Mt Sanbangsan adalah gunung lava vulkanik yang terbentuk sekitar 800,000 tahun yang lalu. Di pintu masuk gunung kita akan jumpa Kuil Sanbangsa dan Kuil Bomunsa, milik masyarakat Budhha. Di luar bangunan kedua2  kuil ini terletaknya patung emas Buddha yang besar, kira2 setinggi bangunan 2 tingkat. Kami parking di bawah deretan kedai di bawah kaki gunung Sanbangsan. Rasanya kena parking free sebab takde pun KD keluaqkan duit untuk bayaq parking. Sementara depa yang lain p toilet kami lepak tepi bukit sambil buang pandang ke tepi laut. Mengira2 samada nak turun jalan kaki ke tak lepas ni. Nampak macam jauhhhhhhh sangat. Nampak tak betapa kami  sayang nak membuang lemak, sejuk2 ni lemak sangat penting katanya....😝 Dan kebanyakan daripada kami tak bercadang untuk mendaki naik sampai ke kuil atas gunung Sanbangsan. Tapi sebenarnya kalo naik atas tu, pemandangan lebih cantik. 

Pekena kopi pun best juga ni..

KT
Akhirnya kami jumpa port untuk solat. Kat belakang bangunan ni ada paip air. Ingatkan free so kiter pun ambil wuduk kat sini, rupanya tak boleh sebab ader pakcik penjaga parking tu cakap ini milik persendirian, jadi tak boleh guna. Aku tak pasti ini bangunan apa, mungkin untuk penjaga parking tu berehat, nampak agak luas dan bersih. KD tanya kat makcik penjaga parking tu samada kiter ble pinjam tempat ni untuk solat atau tidak. Dier benarkan jadi kiter pun solat kat situ. 

Banguna tempat kami tumpang solat
luas dan bersih
Selesai semuanya sekali lagi kali lepak di pinggir bukit sambil memandang ke bawah sana (laluan menuju ke Yongmoeri Coast), sambil berkira2, nak turun jalan kaki ke tidak. Nampak macam ader banyak kete parking kat bawah sana. Dari sana bole jalan kaki kot. So kami pun bergerak menuju ke bawah sana. Kami tak guna GPS dah, ala...bukan jauh pun, kata kami. Sekali sampai bawah sana tak jumpa jalan masuk menuju ke tempat yang banyak kete parking tu, yang ader macam mini taman permainan. Masuk2 je jumpa macam kawasan rumah orang, jalan mati pula tu. Rasanya jalan ni dah betul, cuma tak jumpa simpang/ lorong yang betul. Kami patah balik, yang mana akhirnya membawa kami ke pinggir laut.
Kat bawah sana macam ader mini taman permainan, yang banyak2 kete tu, konon nak parking sana la, tapi tak jumpa jalan. dari sana pastinya ble sampai kat pantai Yongmoeri. 
Nampak Motorhome teringat Kampong halaman kat NZ...😢
Ini lah tempatnyer. Tak tau nama apa, tapi dekat dengan Gunung Sanbangsan dan Yongmoeri Coast tu. Turun bawah sikit je. Aku tengok John (Kaki Berangan) pun ader g tempat ni, cuma tak tau nama tempat. Kawasan ni macam kawasan pelabuhan juga. Banyak kapal dan boat2 kecil menangkap ikan kat sini. Dan rasanya kawasan ni pun ader hostel/motel/homestay yang sewaktu dengannya. Pun rasanya tempat ni pernah jadi salah satu lokasi pengambaran drama Korea. Sebab............tengok gambaq bawah ni...

Mereka peminat tegar drama Korea. Ader sorang lagi tak masuk dalam gambaq. Depa kata gambaq atas ni menandakan artis Korea pernah berlakon kat tempat ni.
Kawasan parking yang lenggang. 
Barisan Rombongan Cik Kiah berlatarbelakangkan Kawasan pelabuhan
Penat gaknya dier balik dari menyelam...


Kami ambil masa sikit berjalan kaki nak menuju ke rumah api. Oh ya, ada 2 rumah api kat sini, warna putih dan merah. Yang putih tu nampak dekattttttttt, tapi rupanya sukar ku gapai. Yang merah pun dah dekatttt sangat dengan kami, rupanya jalan menghubungkan ke rumah api tu sedang dalam pembaikan, jadi tak ble masuk. Kami layan je batu tepi pantai....

lampu boat
Berlatar belakangkan Gunung Sanbangsan
Lepak tepi batu, merajuk sebab tak ble masuk p Rumah Api Merah
Artis Korea
Miss Universe......Ehhhhhhh!
Batu dari lava gunung berapi
Boat berlabuh
Saje....nak meramaikan gambaq.....
Okey layan batu lagi. Aku tengok KT turun, kiter pun ikut. Berani sikit sebab ader 1 keluarga pun main2 kat bawah sana. Ombaknya sangat kuat dan batu2 juga agak tajam, kalo tapak kasut tak berapa nak tebal, terasa juga la sakitnya tu.

Nampak tak bagaimana lava panas tu turun dan mengalir ke laut, kemudian mengalami proses penyejukan dan membeku.
Dari dekat
Diterjah ombak

Lagi berlatarbelakangkan Gunung Sanbangsan
KT melayan perasaan
ahli arkeologi menjalankan tugas
Artis Korea
2 Korea, 1 Jepun

Punya lama kami posing macam2 gaya dah, semata2 kawah tu di kosongkan. Kiter pun nak gak rasa cebur2 kaki kat air dalam kawah tu. Tapi nampak gayanya depa masih nak berlama2 kat situ dan tak nak bagi peluang. Emm....jom la balik.



Ok teruskan merendam kaki ye kak. Akhirnyer kami blah sambil membebel...Angin kat sini agak kuat. Mengigil aku. Maklum la tak de lemak sebagai penebat 😝

Port memancing. Kaki pancing mana peduli larangan jangan masuk....depa langgar je
KT berlatarbelakangkan kaki pancing, sambil layan lagu zamani
Z di tepi laut
teka sape ni
Kalo ader joran, nak memancing la, KT kata.....
Kami yang kesejukan....


Tamat untuk hari 1. Jom balik maghrib dah.........

Bersambung.....

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

akak pakai camera apa ni ye ? cantik2 gambarnya.. tergoda kite.
tengah survey2 camera sbb hilang =(

niena said...

Kebanyakannya saya guna kamera dsrl lama nikon d90. Tapi setakat ini saya masih berpuas hati dengan prestasi dia. Selain tu ada juga guna mirrorless sony a5100. Kadang say guna gambar yg di ambil oleh sahabat, depa guna hp huawei, oppo... 😊