Tuesday, 8 January 2019

Kembara Jeju: Selamat Pagi Jeju.....(Part 3)

2 Dec 2018
Ahad

Selamat pagi Jeju....

Pagi ni kami bersiaran terus dari Jeju Island...πŸ˜› Buka je pintu balkoni, angin sejuk dah menyampaikan salam mesra. Perghhh, lain macam dier punya sejuk......seram2, dingin menyapu lembut kulit tipis ku. Siapakah yang menyapa aku dari balik pulau kecil itu? Adakah Sunan, Pahlawan Melayu terbilang itu? atau Maharani dari Pulau Utara?? Gitu aku bermonolog ala2 Novel Cinta Sang Ratu. Aku buka pintu sebab Kak D tengah masak. Nak bagi keluaq bau semerbak. Aku hairan, kenapa sunyi sepi? Bila ingat2 balik rupanya hari ahad. Cuti kot......orang tengah tarik selimut lagi. Siang ni baru aku nampak pemandangan disekitar. Cantik, di belakang tu ader laut, rupanya dekat dengan pantai. Dalam hati berkira2, esok lusa sebelum balik, nak gi jalan kaki la ke pantai sana.

ROL yang tak berapa nak menjadi
Yang ada bumbung putih tu semua pokok limau mandarin/ tangerin (Eh tak sama ye?) yang sedang berbuah lebat dan masak. 
Lagi pemandangan belakang rumah sewa.
Hari ni paling lambat siap ialah Kak D, sebab dier pagi2 akan memasak. Selaku driver kami dier tak risau untuk ketinggalan, sbb kalo lambat pun kete tak kan bergerak kemana-mana. Hehehe....Tak de siapa berani bawa kete selain dier. Kalo kat NZ aku ble lagi, yang ini tak ble sbb drive belah kidal. Dah tu sistem jalan rayanya juga aku tak paham. Apa lagi nak jadi co-pilot. Hanya S yang mampu mengalas tanggungjawab tu. Pasangan serasi adik beradik. Pilot & Co-Pilot. Mantapp....! Pagi tu Uncle tuan rumah tolong kami set kan GPS dan bagi kami cadangan tempat mana yang kena pergi dulu berdasarkan itinerary. Isterinya pula bekalkan kami Tengerin, 1 plastik.....Baiknya la depa ni. Terus berangan nak dapat mentua orang Korea....😝

Soesokkak Estuary (μ‡ μ†ŒκΉ)

Ini la dier tempat pertama yang kami jejaki. Aku baru belajar dari S, (jika guna GPS yang semuanya guna bahasa korea, tak ada BI ye), nak cari tempat kat Korea ni kena masukkan no tel tempat yang bakal dituju. No. Tel. tu kena betul, kalo tak...tah kemana2 GPS tu bawa kiter. Dan....No. Tel yang ada di website sesuatu tempat tu tidak semestinya betul, kadang2 depa tak update. No. lama, jadi tak ble digunapakai sebab kiter tak paham tulisan Korea. Kalo paham tu, lain cerita ye. Jadi Pilihan ke-2 guna Waze. Cuma kalo guna phone ni nampak kecik je, org belakang tak ble tolong tengokkan jalan, kalo co-Pilot terlelap. Tapi kalo guna GPS yang sebesar alam, kami yang duduk belakang pun ble ingatkan pilot......"ok kak, simpang depan sikit masuk kiri"....Gitewww 

Tengok Tengerin tu, tepi jalan pun berbuah. Rasa nak peti je, tapi takut pula nanti kena sumpah.
daun pokok kekuningan
tebingan batu yang berasal dari lava gunung berapi 
Lalang cantik menguasai persekitaran


Muara Soesokkak terletak di kawasan Seogwipo, Pulau Jeju dimana Yeongcheon dan Hyodoncheon Streams bertemu sebelum mengalir ke lautan. Pada asalnya ia dipanggil 'Soedun', yang bermaksud lembu berbaring dan lama kelamaan ia lebih dikenali sebagai 'Soesokkak', dikalangan masyarakat tempatan. 'Soe; bermaksud seekor lembu, manakala 'So' bermaksud 'kolam air' dan 'Kkak' pula bermaksud 'akhir '. Berkunjung ke sini memberi peluang untuk kita melihat pokok2 kayu yang cantik dan tebal serta batuan unik di sekeliling Soesokkak.

Tak nampak orang mandi manda....ohh, sebab sejuk mungkin...πŸ˜› Lupa....
Siapakah dia? pemancing, pemantau atau pelancong?
air yang tenang, jernih dan biru
Jambatan dibina agar memudahkan pengunjung bergerak dari satu tempat ke satu tempat
Daun kuning
pokok jenis lain pula
buah hutan
Kemudian kami berjalan kaki menuju ke pantai dimana mengalirnya air dari Soesokkak ke laut lepas. Dari jauh kelihatan rumah api gagah berdiri. Bagi depa yang sangat mencintai K-Pop agak teruja melihat icon Rumah Api. Ini mengingatkan depa pada drama Korea yang pernah ditonton di TV sebelum ini. Masing2 bercerita imbas kembali drama tersebut dimana si polan berlarian bekejaran bersama kekasihnya menuju ke Rumah Api tersebut. Hehehhe.....Entah cite mana satu, sebab aku bukan peminat drama Korea. Untuk aku pula, Rumah Api ni mengingatkan kembali kisah pengembaraan kanak2 dalam novel terjemaahan Enid. Yang mana Orang jahat selalu guna Rumah Api untuk aktiviti hitam mereka. Tengok, betapa terpengaruhnya aku untuk citer tu. Sape penah baca? aku sedang cari buku tu, siapa ada aku nak beli. 

Berjalan santai menikmati angin laut
Kak T, salah seorang peminat Cite Korea, minta dijepretkan gambar kenangan di tepi pantai berlatar belakangkan Rumah Api
Terjumpa sesuatu....
Rupanya dekat Rumah Api tu ader sesuatu yang menarik. Trick Art Photozone! 150 m berjalan kaki. Akhirnya Kak D kembali amik kete kemudian park berdekatan Photozone, yang lain jalan kaki je. Bagus juga jalan kaki ni, bole bakar lemak yang dah menepu. Seperti mana di Soesokkak Estuary, Parking di kawasan Trick Art Photozone juga adalah percuma. Oleh kerana terasa sunyi sepi kami berjalan dengan penuh hemah tanpa membuat bising demi menghormati masyarakat sekitar. Gitewww.....

kami
sepatutnya berdiri kan baru nampak kiter berdiri di tempat yang tinggi.....Emm....Gagal jadi pelakon!
Rumah Api putih di sebalik batu
Rumah Api Merah...Aku tak pasti apa rasionalnya letak Rumah Api lebih dari 1 di tempat yang berhampiran...
kawasan sekitar
ini office depa kot, sunyi sepi je, sbb hari ahad....
macam tak de reaksi langsung orang tu kejar....
Ini baru real
Tingginyer jurang.....
Kami 
Kak T bg makan burung
oppssss.....

Bersambung.....

3 comments:

Aez G'van said...

My wishlist nih. InsyaAllah one day. amin. he2

niena said...

Inshaallah...amin..:)

Siti Yang Menaip said...

bestnyaaa boleh sewa kot sampan transparent tu.. macam best je mendayung situ.
last time pegi naik public.. boleh terlepas pandang tempat ni. kalo tahuuu terjah sini dulu.
da balik sampai hotel baru prasan aiseh !! air dahla jernih. ikut hati tu nak je brenang2 kan hehe..