Tuesday, 12 September 2017

Mengejar Sakura Di Xi'an: Part 6: Qinglong Temple

22 Mac 2017
(Rabu)

Salam n Hi....
Jumpa lagi korang....Sebelum 2017 melabuhkan tirai, kena habiskan cite yang tertangguh sekian lama. Kalo tak, blog ni tak nampak aper dah, penuh habuk...Semangat! 💪💪💪. Pagi ni kami p cari Sakura di Qinglong Temple pula. Sebab tempat tu agak jauh, maka p Qinglong Temple kena naik metro. Oleh sebab Stesen metro paling dekat dengan Hantang Hostel ni ialah Zhonglou atau dikenali sebagai stesen Bell Tower, maka kami bermula dari sini. Siap2 beli tiket, scan bag kemudian masuk. Laluan yang kami amik macam ni. Tambang tak ingat berapa tapi tak mahal la, dalam RMB 2-8 lebih kurang.
Turun kat sini untuk tukar ke line 3
Line 3 kat bawah katanyer
Tunggu train
Dah sampai kat Qinglong Si Station....
Ikut je anak panah
Zhonglou (Bell Tower): Line 2- Xiaozhai (Turun sini untuk tukaq ke line 3)- Qinglong Si (Qinglong Temple)--> Exit A
Dah sampai keluaq kat exit A

Keluar je dari sini Exit A, Jalan terus ke depan, sambil2 ko jalan tu tengok2 la ke sebelah kiri ye... sebab candi tu letaknyer di seberang jalan, yakni sebelah kiri. Tak jauh pun dari gerbang Exit A tu td, pendek kata tak sempat ketiak bepeluh, ko dah nampak dah bangunan candi tu...😆😜 Agak2 dah nampak, get ready la untuk menyeberang jalan. Hati2, tengok kiri kanan, masuk spital mahal kat oversea ni....* Lupa cakap, masuk adalah percuma...😂

Ha tu nampak dah bumbung dier kat seberang sana
Ha tu dier....pintu gerbang
Jom masuk
Masuk2...jangan malu2....

Atas: Kat depan Qinglong Si, ini baru kat gerbang dier
seperti kebiasan taman2 di China dilengkapi dengan kemudahan bersenam
ader kolam
Qinglong Si (Kuil Naga Hijau) merupakan sebuah kuil yang terkenal semasa pemerintahan Dinasti Tang (618-907). Ia dikenali sebagai tempat para rahib Buddha dilatih dan ia menjadi destinasi kegemaran di China untuk para bhiksu Jepun untuk mempelajari Buddhisme. Menurut sejarah, kuil ini terkenal di Jepun kerana seorang rahib Jepun yang bernama Kukai telah belajar di sini dan kemudiannya membawa balik ajaran Buddha yang dipelajarinya ke Jepun pada tahun 806. Atas pengaruh rahib ini la yang menjadikan Buddhisme popular di Jepun. Bangunan Candi yang asli sebenarnyer dah musnah, apa yang kiter lihat hari ni adalah bangunan yang baru dibina pada tahun 1963. Candi, taman dan dewan yang ada di sekelilingnya menjadi tarikan pelancong Jepun yang sangat menghargai pokok-pokok Sakura yang mekar antara bulan Mac hingga Mei bergantung kepada iklim tahun tersebut. Bukan pelancong Jepang je ader, yang Malaysia (kawan2 mampu, aku je fakir 😎) ni pon ader, yang tak mampu p Jepun tengok Sakura....😜😛😝😆😂.
Dari atas bukit

Rombongan cik Kiah....

kami berlatarbelakangkan sakura yang malu2 kucing baru nak berputik

Qinglong Temple ni mempunyai tiga bahagian. Bahagian pertama mempunyai kolam dan taman dengan pokok-pokok plum dan pokok-pokok sakura. Di bahagian timur terdapat bangunan/ monumen sebagai tanda penghargaan dan memperingati Kukai. Di sebelah barat taman adalah bahagian lain yang mengandungi replika dewan utama kuil. Pembinaan dewan utama bermula pada tahun 1984 sebagai kerjasama antara Shingon Sect Jepun dan bandar Xian. Agama Shingon yang dimulakan oleh Kukai masih menjadi agama utama di Jepun. Pihak berwajib juga mengambil inisiatif untuk membina semula balai Tang-sepertimana bangunan asal yang telah ditetapkan oleh ahli arkeologi.
Lagi kat dalam taman
Sejak beberapa kali menjejakkan kaki ke china, aku cukup kagum dgn warga tua di sini. Ada saja aktiviti yang depa lakukan untuk mengisi masa lapang, bersenam, bermain muzik, menari, menyanyi. Ini juga salah satu terapi....
kat tengak2 dunia Taman...org pun heran
Semasa zaman pemerintahan Dinasti Tang, Xi'an merupakan ibukota Empayar Tang. Buddhisme yang diajar oleh sami-sami Buddha di Asia Barat ditubuhkan semula di zaman pemerintahan empayar Tang untuk dijadikan agama rasmi. Para biarawan di Asia Barat dijemput untuk datang mengajar. Mereka mengembara disepanjang laluan sutera menuju ke arah timur, menetap dan menjadi tenaga pengajar di Xi'an. Banyak kuil telah dibina ketika itu. Kuil Qinglong dianggap agak kecil dan tidak penting. Namun begitu biara ini mempunyai kesan besar terhadap agama di Jepun. Kenapa? Sebab pengaruh sami Kukai tadi. Sami Kukai (774-835) mengembara untuk mencari seorang guru yang sanggup mengajar beliau tentang beberapa ajaran para biarawan Asia Tengah.

Dia kemudiannya menemui seorang sami yang bernama Huiguo di Qinglong Si yang telah belajar di bawah seorang sami yang terkenal bernama Amoghavajra (705-774) seorang sami yang sangat berpengaruh ketika itu. Di kuil, Kukai dan sami-sami Jepun mempelajari kitab suci dan sistem ritual. Kukai kembali ke Jepun pada tahun 806, dan sangat berpengaruh di sana. Pada tahun 824, beliau telah dilantik menjadi arkitek ketua kuil Buddha imperium di Toji di ibu kota baru yang dibina oleh maharaja. Selepas itu, dia menjadi tutor kepada putera mahkota. Ajaran-ajaran "Shingon" -nya menjadi sangat popular dan mendapat sokongan golongan maharaja dan bangsawan pada masa itu.

Dari atas bukit
bersama pemain muzik tradisional China
tepi kolam
Penat....makan buah dulu...
 Kalo nak datang sini, dinasihatkan rakan2 semua membawa bekalan secukupnyer. Kat sini restoran ader tapi non-halal. Kitorang masing2 bawa bekal air, jajan dan buah2an. Berat tak pe, janji ader benda nak dikunyah bila perot lapar....

Bersambung.....

Tq: KM,S atas sumbangan gambaq
Rujukan: https://www.chinahighlights.com/xian/attraction/qinglong-temple.htm

2 comments:

  1. CANTIKNYAAAA..CANTIKKNYAAA..CANTIKKNYAAA...

    Subhanallah...tu jer mampu cakap.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xi"an memang cantik Julie, lagi2 kalo tiba musim Bunga Sakura..Sesuai untuk peminat Sakura berpoket tipis macam saya...Hehehh..

      TQ Julie sudi singgah :D

      Delete