Posts

Showing posts from February, 2017

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol. 2-2016: (Part 7) Dari Lindis Pass ke Queenstown...

Image
29 nov 2016 Lindis Pass- Puzzling World- Wanaka- Cardrona Valley
Assalamualaikum n Hi korang....
Bertolak je dari Clay Cliff kami memulakan perjalanan melalui Lindis Pass, menuju ke Wanaka Puzzling World. Lindis Pass merupakan kawasan tanah tinggi yang dikatakan antara salah satu jalan yang menguji kecekapan pemandu. Jika anda seorang yang gayat sila tutup mata dan buat2 tido. Nasib baik kami semua ni jenis yang tak mabuk darat (eh...ader ke istilah tu?? wekekek...). Semua pun aku tengok ok je, apatah lagi pilot kami si Z, gagah perkasa lagi aku tengok keadaan dier.  Oh ya perjalanan ke Wanaka Puzzling ni mengambil masa kira2 1 jam 10 minit dengan jarak 103 km.

Kami mula memasuki Lindis Pass, jalannya berliku tapi masih tak ble lawan Cardrona. Bila melalui kawasan ni jarang sekali kiter nampak rumah orang, kosong. Kawasan bukit bukau juga nampak kosong tandus tanpa sebarang pokok renek. Semua dipenuhi dengan rumput berwarna kuning kecoklatan. Bila tengok dari jauh cantik je, lembut b…

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol: 2-2016: (Part 6) Clay Cliff, Omarama

Image
29 NOv 2016 Clay Cliff
Hi....
Sebelum aku teruskan citer, nak share juga muka2 yang kecewa. Seperti yang aku cite kat entry lepas, bertolak aje dr kaki gunung, matahari mula memancar garang. Tengok tu sampai sepet mata dibuatnyer. Bila tengok view cantik macam ni, dilatari pelangi pagi, terubat sket hati yang kecewa tadi. Betul la kan, setiap kejadian ader hikmahnya. Satu kiter tak dapat, Allah SWT bagi benda lain yang tak kurang hebatnya. Alhamdulillah....:)

Ok dah. Perjalanan diteruskan. Kali ni menuju ke Clay Cliff yang terletak di Omarama. Perjalanan mengambil masa kira2, 1 jam dengan jarak 102 km. Clay Cliff ni merupakan batu2 tajam yang besar dan tinggi. Terdapat jurang sempit yang memisahkan antara "bangunan" batu2 ni. Jadi kiter boleh lalu kat situ. Batu2 ni dikatakan terdiri dari lapisan batu kelikir dan lumpur yang diendapkan oleh sungai2 yang mengalir dari glasier sejak 1-2 juta tahun yang lampau. Jika dibandingkan dengan pergunungan yang ada disekitarnya, usia C…