Posts

Showing posts from 2017

Bankrup/ Muflis

Image
Salam n Hi.....
Apa Khabar korang? Sihat? Lama tak bersua dalam ni kan? Aku cuti sekolah, blog pun cuti sama.....😜 Oh....ya semalam tengah aku "menelaah" FB, ader seorang exstudent share kan satu artikel ni kat wall dier dan ianyer agak menarik untuk dikongsikan bersama. Pasal orang muda Malaysia yang ramai terjerumus dalam lembah kebankrupan. Awal bulan 12 ari tu aku g Brunei, anak sedara kawen. Dalam pada kami sembang2 tu dier ader utarakan pasal isu ni juga. Kadang terasa macam kena setempek kat muka aku aper yang dier cakap. Heheh....Sama macam aper yang ditulis dalam artikel ni. Nanti aku senaraikan aper yang sama. 
Muflis ni sebenarnya tak de la best sangat bunyinyer. Sangat tidak bagus, lagi2 jika kiter bekerja di sektor awam. Kiter hilang segala hak atas harta benda yang sudah kita kumpul sejak bertahun lamanyer. Ble rujuk SINI untuk tahu lebih lanjut pasal muflis. Ia bakal menganggu perjalanan perkhidmatan kiter. Berbalik pada artikel yang ditulis oleh Saudara Ra…

Pameran Seni Visual, Festival Kesenian Murid-Murid WP Labuan

Image
12 Nov 2017 Ahad
Salam n Hi....
Semalam telah berlangsung Festival Kesenian Murid Sekolah-Sekolah WP Labuan bertempat di Anggrik Square, Ruang Legar Ujana Kewangan, Anjuran Jabatan Pendidikan WP Labuan. Ader banyak aktiviti yang dijalankan dan salah satunya ialah Pameran Seni Visual yang melibatkan pelajar Tingkatan 6 SMK Labuan. Oleh kerana anak-anak pelajar Tingkatan 6 Atas sedang bergelut dengan peperiksaan STPM, maka kiter tak kacau libatkan depa. Kiter amik pelajar Tingkatan 6 Rendah yang mengambil matapelajaran Seni Visual. Sebab depa ni ader seminggu lagi untuk bergerak ke "medan perang". Program ni berlangsung pada hari Ahad, maka kiter tak paksa penglibatan depa, kalo nak isi nama, tak nak pun tak pe sebab tak ada apa-apa bayaran, belanja makan dan sebagainya jika ingin join program. Hanya yang kiter dapat janjikan ialah sijil dan sebuah pengalaman berharga.....  
Ada 15 buah karya sahaja yang kiter bawa untuk dipamerkan di sini, dan kebanyakan karya tersebut meru…

Mengejar Sakura di Xi'an: Part 10: Masjid Agung Xian

Image
24 Mac 2017 Jumaat
Salam n Hi....
Hari terakhir kami di sini. Malam tadi dah kemas barang secara berjemaah. Kena susun bagus2 kalo tak bakalan ader barang yang tertinggal. Jadi pagi ni kami akan melawat Masjid Agung Xian. Rugi kalo tak singgah, sebab kiter dah ader di sini. Paling tidak 1 masjid pun jadi lah. Masjid ni dekat je, ader kat kawasan Muslim Quarter, cuma kiter tak tau lagi kedudukannya secara tepat. Kena cari. Masjid Agung Xi'an atau dalam Bahasa Cina disebut Xian Da Qīngzhēnsì merupakan masjid terbesar di China. Kebanyakan masjid di sini dibina pada awal dinasti Ming dan ia merupakan salah satu tapak pelancongan yang popular. Kini ia menempatkan lebih dari dua puluh bangunan di lima halamannya, dan meliputi 12,000 meter persegi.
Aku tak tau la asal dier ader jarak pulak ni.......😇


Masjid Agung Xian ini dibina semasa pemerintahan Dinasti Ming, kemudian di beri penambahbaikan semasa Dinasti Qing. Kompleks agama terdahulu (Tanmingsi dan Huihui Wanshansi) diketahui tela…

Mengejar Sakura di Xi'an: Part 9: Muslim Quarter

Image
24 Mac 2017 Jumaat Salam n Hi...

Cite tentang Muslim Quarter, sepanjang seminggu di sini, memang kami selalu ke sini. Ibarat, ini la dapur kami di malam hari. Sebenarnyer ader je bawa bekal makanan dari Malaysia, biasa la pengembara ciput kena galas beban makanan untuk mengurangkan bajet makan sepanjang mengembara 😛, cuma yang ini pengimbang bagi depa yang nak rasa masakan china. Surga makanan bagi peminat Kambing, mie original buatan tangan, yogurt dan macam2 lagi. Cara bagaimana nak p sini dari hostel Han Tang tu aku dah cite kat Part 2 ble rujuk kat situ. Bagi yang tak minat, kiter saje ikut cuci mata. Jadi aku rangkumkan citer cari hari pertama hingga la hari terakhir kami berkunjung ke Muslim Quarter ni.Muslim Quarter atau dikenali dengan nama Huimin Street ni merupakan hab masyarakat Islam di Wilayah Shaanxi, Xian. Terletak di sebelah utara West Street di pusat bandar dan ia meliputi beberapa blok yang dihuni oleh lebih 20,000 masyarakat Islam. Xi'an merupakan titik permul…

Mengejar Sakura Di Xi'an: Part 8: Xi'an Botanical Garden

Image
23 Mac 2017 Khamis Salam n Hi sume.....
Hari ni kami ke Botanical Garden. Tentunya meriah dengan bunga-bungaan kat situ. Xi'an Botanical Garden sebenarnya mempunyai dua tempat. Yang lama terletak berhampiran Big Wild Goose Pagoda. Tetapi ditutup operasinya sejak 2016 untuk kerja-kerja pengubahsuaian dari segi infrastruktur dan sebagainya dan ia dijangka dibuka semula pada tahun 2018. Tapak Botanical Garden yang baru pula terletak di Daerah baru Qujiang dan ia dibuka kepada orang ramai sejak 1 oktober 2016. Kami tak tau pun yang Botanical Garden tu ada tempat baru, yang kami tau tapak lama tu. Jadi kami pun tunggu bas No. 37 depan Bell Tower. Tunggu punya tunggu bas No. 37 tak kunjung tiba. KM dengan bahasa ayam itiknya bertanyakan sesuatu pada orang sebelah dier macamana nak p sana. Orang tu kata bas No. 12 pun akan pergi ke sana. Kira yakin aje la sebab orang tu tengok google map. Dipendekkan cerita, kami pun naik bas No. 12, agak lama juga rasanya berada dalam bas tu, akhirnya …