Posts

Showing posts from October, 2016

Kembara New Zealand (9): Menguji kecekapan memandu "Mustang" Di Cardrona Valley Road....:p

Image
3hb Dec 2016 Hari-2
Ke Cardrona ka Kiter??
Uhhhhh.......lama betul nak abis citer hari ke-2 ni. Seronok sangat tempek gambar di setiap satu lokasi. Skip karang tak best pula sbb setiap lokasi tu punya cerita/ kenangan tersendiri. Jadi tak pe, meh kiter tempek gambar banyak2, satu hari nanti ader juga benda yang boleh kiter (merujuk kepada aku & rakan sepengembaraan) jengok balik, kiter baca, kiter senyum dan jadikan rujukan,  (inshaallah) kot la mana tau satu hari nanti nak buat versi balik kampong Vol-3 pula kan...Inshaallah..
1 jam (lebih kurang) di Wanaka Lake, En. Azli dah roger2 semua geng Trip Kekawan untuk bergerak meneruskan perjalanan menuju ke Queenstown. Kerana katanya ada banyak perkara yang perlu diselesaikan di Queenstown nanti seperti mengisi minyak, dumping, beli barang dapur (kalo nak), sebab bandar Queenstown ni lebih besar dari Wanaka. Dan ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini, salah satunya ialah tengok Haka Show dan Queenstown skyline. Oh ya sepat…

Kembara New Zealand (8): Wanaka Lake

Image
3hb Dec 2016 Hari Ke-2 Setelah berjaya mengharungi jalan berliku dan berbukit bukau akhirnya kami tiba di laluan rata menuju ke Wanaka Lake. Alhamdulillah... Hujan mula renyai. Renyai2 manja gitu...Dengarnya cuaca memang begini jika tiba musim paanas. Sekejap hujan, sekejap panas. Lokasi ni memang dah ader dalam iti Trip Kekawan, tujuan utamanya (aku rasa) untuk memberi ruang dan peluang kepada sesiapa yang ingin mengisi perut sebab kat sini ader Restoran halal: Snack Turkish Kebab. Antara kami 6 orang, hanya Kak Nana je yang p beli kebab. 1 Kebab kongsi 6 orang. Wekekekek...Kedekut giler! Ehhh...bukan kedekut, Ini lebih kepada langkah penjimatan, katanyer. Lagipun ini New Zealand bukan Malaysia ya, pasti rasa kebabnya lain macam bukan seperti di Malaysia ya. Terbukti bila kami cubit2 sket rasanya tersasar 90* daripada rasa kebaab Malaysia. Jadi agak memabazir disitu ya sekiranya kami membeli 6 biji kebab. (cover line #kedekutz) :p....ehh aku broken spanyol la, abih la kena kecam kal…