Posts

Showing posts from 2016

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol. 2- 2016: Part 1

Image
25-26 Nov 2016
Bermalam di Melbourne
Trip kembara kali ni aku namakan sebagai "Balik kampong" atau dengan nama pujangganya ""Sirih Pulang Ke Ganggang". Cewahhh...pujangga gitu...:p Vol 2. sebab ini kali ke-2 kami berkunjung ke sini. Punya la kan, macam je tauke sawit, padahal....pengembara fakir ye. Wekekek....Opss!! itu istilah khas untuk aku sahaja. Sensitif sket perkataan "Fakir" tu. Kali ni kami mengembara berempat. Sara, baru join dalam siri kembara kami. Oh ya cakap pasal Sara. Sara ni kawan sama2 belajar kat upsi dulu. Sekali dgn Kak Hasnah. Sejak abis blaja langsung tak jumpa, kiranya ini reunion kami selepas 11 tahun tak jumpa. Wow...lama tu, reunion pun bukan main lagi nun jauh di New Zealand. Abis, atur2 reunion dalam Mesia tak jadi2, sekali atur ke NZ, jalan terus. Perghhh.... Aku tengok dier sama macam dulu masih muda jelita. :). Dulu aku panggil dier Kak Mai, skg aku panggil dier Sara atau kadang2 Mai je. Sbb dulu aku sopan santun, ayu…

Kembara New Zealand (10): Queenstown

Image
3hb Dec 2015
Hari-2
Perjalanan sepanjang 100km dari Wanaka ke Queenstown Berjaya kami redah tanpa sebarang halangan. Alhamdulillah…. Queenstown agak besar juga bandarnya. Tiba di sini kami disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik. Dengan air tasik yang membiru, gunung ganang tinggi menjulang., rumah di pinggir tasik tersusun cantik… perghhh, sangat mengujakan. Cuaca agak cerah, berangin dan tidak begitu panas. Kami berpusing2 2, 3x mencari parking. Dari Cardrona tadi kami dah bertukar driver. Kali ni Zymah yang bawa sebab Zymah agak berani dan berkeyakinan memandu di kawasan Bandar. Kalo Kak Yan memandu Mustang di Highway Kalabakan, Zymah pula memandu Ferrari Di Highway: Labuan-Beaufort/ Kuala Penyu-Bongawan-Papar-KK. Dia boleh bawa caravan ni dalam apa jua bentuk muka bumi. Tinggi, datar, kawasan Bandar, desa, cuaca hujan, panas…semua bole. Inshaallah….1 kelebihan dia ialah dia tak rabun...:D
Ok sambung cite. Kami berpusing, 2, 3 kali untuk mencari parking yang dikira agak str…

Kembara New Zealand (9): Menguji kecekapan memandu "Mustang" Di Cardrona Valley Road....:p

Image
3hb Dec 2016 Hari-2
Ke Cardrona ka Kiter??
Uhhhhh.......lama betul nak abis citer hari ke-2 ni. Seronok sangat tempek gambar di setiap satu lokasi. Skip karang tak best pula sbb setiap lokasi tu punya cerita/ kenangan tersendiri. Jadi tak pe, meh kiter tempek gambar banyak2, satu hari nanti ader juga benda yang boleh kiter (merujuk kepada aku & rakan sepengembaraan) jengok balik, kiter baca, kiter senyum dan jadikan rujukan,  (inshaallah) kot la mana tau satu hari nanti nak buat versi balik kampong Vol-3 pula kan...Inshaallah..
1 jam (lebih kurang) di Wanaka Lake, En. Azli dah roger2 semua geng Trip Kekawan untuk bergerak meneruskan perjalanan menuju ke Queenstown. Kerana katanya ada banyak perkara yang perlu diselesaikan di Queenstown nanti seperti mengisi minyak, dumping, beli barang dapur (kalo nak), sebab bandar Queenstown ni lebih besar dari Wanaka. Dan ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini, salah satunya ialah tengok Haka Show dan Queenstown skyline. Oh ya sepat…