Sunday, 16 August 2015

Resepi Aiskrim Oreo Homemade

Cuaca panas sejak 2 minggu lepas. Kalo makan aiskrim sejuk2 uihhhh....sedapnyer. Meh kiter simpan dulu resepi ni kat sini. Ader masa nanti boleh buat. Oh ya Sebelum tu, nak habaq dapat resepi ni dari FB group Resepi Aiskrim Homemade. Tq tuan punya resepi. Saya share kat sini ye...:)

Uiiiii....nampak gambaq pun dah menyelerakan....

Bahan - bahan :

1 1/2 cawan susu dutch lady
1/2 cawan susu pekat
Beberapa keping biskut oreo
1 sudu besar ovelette
1 sudu kecil esen vanila

Cara - Cara Membuat :

- Satukan susu dutch lady, susu pekat, ovelette dan esen vanila ke dalam satu bekas, putar adunan    
  tersebut menggunakan mixer.
- Putar adunan tersebut selama 20 minit.
- Blend beberapa keping biskut oreo sehingga hancur.
- Masukkan biskut oreo y telah dihancurkan ke dalam bekas adunan.
- Kacau adunan sehingga rata.
- Keraskan adunan tersebut di dalam peti ais semalaman.

p/s: Anda boleh taburkan lebihan biskut oreo yang dihancurkan sebagai hiasan.

Selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment

Mengejar Sakura Di Xi'an: Part 4: Muzium Teracotta

20 Mac 2017 (Isnin) Hari-3 Salam n Hi Sume.... Hari ni semua bangun awal. Awal2 pun aku subuh gajah juge. Bilik mandi cuma 1 jadi berg...