Posts

Showing posts from March, 2014

Selamat Jalan MH370.....

Image
Selamat Jalan MH370..

Mungkin ketika kalian dikhabarkan hilang tangan kami sudah terlepas semua ketika harapan dihayatkan doa  mempereratkan persaudaraan hingga titik jawapan
mungkin bukan doa terakhir  buat tersemadi di Lautan Hindi juga takziah kepada saudara mara untuk tabah, jangan sesal  kerana kesakitan tujuh belas hari  terjawab atas ikhsan  Tuhan pada penyatuan dan  kemanusiaaan sejagat
Yatim Ahmad PUTATAN
*Dipetik dari FB Saudara Yatim Ahmad

SAJAK UNTUK MH370

Image
SAJAK UNTUK MH370 (dedikasi buat DS Hishammuddin Hussein, DCA dan MAS)

Ketika medan bergerak  di Kajang dan Balingian  ketika Future Music Festival Asia  disoraki muda mudi  ketika separuh negara dunia menjejak MH370 kau pula dihujani persoalan misteri tidak berpeta
Sekali ini Selepas sembilan hari pandang mataku tak lagi hiraukan  rangkai panjang soalan dan jawapan tapi mengira garis halus pada dahi dan kening kalian yang barangkali letih, saban hari  kaki kalian menjadi tiang seri merungkai  teka-teki  seolah-olah kalian diperhambakan  meraba keghaiban, hingga kadang maklumat tak konsisten kerana pengaruh desakan wartawan, bagai memaksa kalian terjun ke terowong masa tidak bertepi
Ketika aku berpaling ke Kajang dan Balingian tak kira bagaimana menegakkan demokrasi berparlimen usah kita jadikan ia makmal menguji kebebasan bersuara hingga kemakmuran negara tergadai kerana pertelingkahan
Ketika mengamati gegak gempita  Future Music Festival Asia  kita sebenarnya seperti kembali ke zam…

MH370: Please Come Back....

Image
Kapten Zaharie Saya mungkin tidak kenal tuan, tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik saya mungkin tidak tahu pandu pesawat tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370 tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya kami sedih kehilangan MH370 tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua
MH370... Selagi mereka belum temui rangka kamu kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat. kalau ada orang jahat larikan kamu Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA atau terbangkan kamu ke Beijing seluruh dunia menanti khabar kamu. Saya harap kamu baik-baik sahaja
Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370 tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu hari ini semua orang menanti kamu hari ni dunia risaukan kamu hari ini semua orang sebut kamu
Muncullah MH370 ada jiwa yang menanti anaknya ada jiwa menanti suaminya ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya ada jiwa menanti isterinya ada jiwa menanti …

Belajar Kawal Diri.

Assalamualaikum n Hi....

Amboiiii....tajuk bukan main, mcm citer psl sekolah je.......:) Sebagai wanita kiter ni salu tak pandai kawal perasaan kan. katanyer, bertindak ikut emosi tapi tak pikiq panjang. tak semua.....sebilangan saja.

Nak dijadikan cite.....semalam aku p Menumbok. Naik speadboat. la ni kan cuaca berangin, kalo petang memang berombak. dasyat. melambung2 rasanya. hehheh.....masuk dlm boat tu, aku amik my fav port: belakang driver. nape? sbb aku nak kurangkan risiko kena air.....kan klo berombak, mmg salu air masuk dlm boat. ke-2, ble pagang kerusi pemandu kalo boat melambung. maser nak masuk boat tu, ader sorg kakak bertudung bz layan phone. aku ingatkan dier ber sms, rupanya main game. sebelah kakak tu sorg lelaki.

tak lama ader sorang lelaki masuk. dier nak duduk dekat kawan dier. tp kakak ni bz tak tgk kiri kanan nak bg tempat duduk kat mamat ni. pastu aku cuit dier, dan bg isyarat bg tempat utk lelaki tu. uihhh....ble pulak si kakak ni berhensot kat bdk laki td. cep…

MH370: Hilang Dari Radar

Image
Assalamualaikum n Hi....
MH370....Ke mana Menghilang?

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.


Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
“Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.






Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. -Awani

Sumber: Awani

...............................................................................…