Posts

Showing posts from 2014

Traveloge Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (10) Tersilap Bas balik ke stesen keretapi...Uwwaaaaaaaa......:(

Image
Sambungan Dari: (7)

Aku menghabiskan masa dalam 1 jam juga la ronda-ronda dalam Muzium Suzhou ni. Sebelum keluar Sempat lagi aku berdiri memandang bangunan Muzium Suzhou. Menghayati, meneliti senibinanya buat kali terakhir... Besar kemungkinan aku tak akan kembali lagi ke sini, kalo pun nak datang Suzhou aku p tempat lain, tapi yang pastinya tak akan p muzium seks. Wahahah.....well, aku kan wanita melayu terakhir yang masih lagi berpegang teguh kepada tatasusila & sopan santun..**sambil duduk bersimpuh tersipu2...pangggg sekali....wekekekek!

Sambil keluar ke jalan besar aku masih lagi memikirkan samada nak ke Garden Of The Master Of The Net atau terus balik saja ke stesen keretapi. Kedudukan taman ni sebenarnyer tak jauh mana, kalo ikut cite Supermeng, dari sini kena naik bas no. 202. Fikir punya fikir, tengok jam, dah jam 1 lebih. Tiket balik ke Shanghai adalah pada jam 3.14 pm.. ok tak nak tanggung risiko, so balik la. Sebenarnyer sempat je kalo berani kan. Tiket train dah beli…

Traveloge Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (9) Singgah di Muzium Suzhou

Image
**Sambungan dari: (8) 2 Jun 2014 Selasa
Dah puas meneroka Humble Garden, aku pun keluar...menyebelah ke Muzium Suzhou pula. Orang pun dah tak ramai. Sedang2 elok dah tu. Sebelum tu singgah dulu tengok terusan kecil. 




Kalo kite tengok dokumentari pasal terusan yang ader kat China ni. Laluannya cukup panjang merentasi wilayah Beijing di utara, mengunjur hingga ke wilayah Hangzhou di selatan China. 1770 km tuhhh.....bukan alang-alang! Yang ada dalam peta ni Terusan utama atau dikenali sebagai Terusan Besar Beijing-Hangzhou, setiap laluan akan ader sayap/cabang terusan kecil yang menghubungkan laluan besar dengan pekan2 kecil. Sama juga la cite nya dengan sejarah tamadun lain, sungai/ terusan merupakan jalan pengangkutan terbaik yang ada pada masa tu. kalo guna jalan darat ia akan mengambil masa yang lama dan agak sukar dengan bentuk muka bumi yang bergunung ganang. Itu belum masuk part di baham harimau dan diserang lanun di tengah jalan...ahhhaaaaa.. Jadi, toksah banyak citer, aku jurag…