Posts

Showing posts from December, 2013

Hello Jogja: (4) Ke Candi Prambanan

Image
Part IV 19 Nov 2013
Sambungan Part III

Kami meneruskan perjalanan ke Prambanan. Pak Wor guna jalan potong atau di sini kiter panggil jln kg. Hujan mula turun….renyai2. Harap2 sampai di Prambanan nanti hujan berhenti….Bas pelancong juga guna jalan ni, rasanya nak mengelak macet teruk di jalan utama...;)





Urusan pembelian tiket diuruskan oleh Pak Wor. Harga tiket masuk: IDR 117.000. Ramai juga pelancong. Di pintu masuk kami diberikan sehelai kain batik jawa, siap diikatkan lagi dipinggang. Mulanya malu juga, ingatkan pelancong luar je yg kena pakai, rupanya semua. Katanya utk menghormati kawasan tersebut. Pakai aje la. Kami di sapa pemandu pelancong sekiranya berminat, dgn bayaran…ntah aku tak ingat samada Rp 10.000 atau Rp 100.000. aku blur sket bila tgk banyak kosong,  kosong, kosong.....seolah2 aku jadi kaya sekejap. Padahal kayap! Hehheheh……Kami setuju, sebenarnya tak perlu ambil pun ok. Cuma sambil2 nak membantu beliau, ble juga dengar citer pasal prambanan.






Menurut bapak (guide), C…

Hello Jogja: (3) Bertemu Farid dan Salak Madu selepas singgah di Candi Mendut.........

Image
Part III 19 Nov 2013
Sambungan Part II....

Kami meneruskan perjalanan ke Candi Mendut. Jarak antara Borobudor-Mendut cuma 3 km je. Kawasannya kecil dan hanya sebuah bangunan candi saja yg kelihatan di sini. Kami tak bercadang untuk masuk ke dalam, cukup mengambil gambar kenangan dari luar pagar. Candi Mendut di temui pada tahun 1836, kemudian dibersihkan. Pada tahun 1897-1904 kerja2 membaikpulih bangunan candi mendut telah dijalankan namun hasilnya kurang memuaskan. Maka setahun kemudian Theodoor Van Erp mengambil inisiatif untuk membaikpulih semula dan hasilnya puncak Mendut dapat disusun kembali. Sehingga kini Candi Mendut masih lagi digunakan untuk merayakan upacara agama Buddha Wesak iaitu pada bulan Mei, ketika malam bulan purnama......ketika itu biasanya ramai pengunjung dari masyarakat beragama Buddha yang datang berziarah, bukan saja dari Indonesia sendiri malah dari negara luar juga hadir ke sini. 



Aduhhhhh....lapar la pula. Jom Makan....:) Pak Wor bawa kami makan di Rumah Mak…