Wednesday, 30 October 2013

Hello November


BLUR

Aku ni kdg2 kalo dikejar deadline, tahap blur aku smakin parah. sume org suka pilih tarikh keramat 30 okt. msa tu jga DL utk pbs, mrkh exm aher thn, sarana, pantau file, aihhhh....sume la. tambah m'debar'n lg bilamna sume ni perlu deal dgn segala mcm sistem yg......errr....salu kong ;( line internet laju mcm bullet train pun klo dh ramai berpusu2 masuk, ttp dier loading berjam2. sbb tu aku suka lepak minum teh kat FB ni sambil tunggu sist. ni stabil.

eh, aku bkn nak ckp psl ni, tp nak cite psl blur..DL utk sarana ari tu dimaklumkn, 30 okt...aku punyer la cemas. masuk id, pswd dh betul, asal tak leh msk dlm sist. sarana? aku ingat pesan tok guru, msa b'tapa dulu "sila baca arahan sebelum jawab soalan". aku dh buat dh, baca berkali2 memo yg ader kat page sarana. oleh kerana nak elak traffic jam, depa dh bg2 DL m'gikut zone. aku tgk tarikh utk zone Malaysia Timur: 14-19 dan ianya diletak paling bawah sekali. aku dah gelabah dah....alamak. dah terlepas tarikh, cemana ni? smlm aku dh pegang phone dh nak call Tn. Hj. (boss sarana). nasib baik waras lagi pas mkn nasi... klo tak, terkejut boss terima cll dr sang ratu tgh2 mlm buta! Warasku bertahan hingga la pg td. br la cl Tn. Hj.

A: aku
B: Boss

A: Assalamualaikum Tn. Hj.....
B: Waalaikumussalam...
A: Saya C. NA dr smkl.
B: Iyaa...
A: Begini tn. hj....yg pasal sarana tu, saya mo masuk kan data tp tutup sdh. saya nda sempat kc masuk, cemana tu a.....??
B: (nada tenang) jgn risau cguuu....cgu ada masuk prtal br sarana?
A: ada....itu la dia tulis tarikh, limpas sdh.....
B: cuba cgu baca betul2. belum lagi tu. kita di Malaysia Timur 14 November- 19 November 2013. sbb tu bila cgu msk nda dapat sbb kita belum lagi sampai tarikh tu.....

A: Ohhhhh?????? November??? Nov. ka tu tn. hj....?
B: iyaa cgu.....jd jgn risau. cuma kc emel saja rumusan pasal taklimat sarana tu pd saya mlm ni sbb esok en. Omar akan bentang kpd kpm.

A: alhamdulillah, ingatkan telepas flight sdh sy.. mlm ni sy emelkan. terima kasih tn. hj. assalamualaikum.
B: waalaikumussalam.....

Lantas aku klik2 portal sarana tgk nota tu.......laaaaa........(terus tepuk dahi) cemana ble aku tak perasan "NOVEMBER" tu???...arghhhhh.......Malu...Malu....Malu.......!!! xsabar nak bercuti ke aper??? emm......tu la aku ckp, blur aku makin parah hujung2 tahun ni. apepun aku sokong pertemuan DS Najib dgn Mark Zuckerberg. harap2 semua sist. yg dibangunkan sehebat FB. berbilion org serbu pun tak goyah. salute. dan malam ni aku terima infoblast dr jab. mengingatkan tarikh keramat utk Malaysia Timur...14 Nov-19 Nov 2013.

aku klik post. kemudian menjengok si pbs.......emmmmhhhhhh.......still loading.... ku tinggalkan begitu, lalu ke dapur membancuh teh panas kegemaranku. uhhh......segarnya Teh Lipton!

Saturday, 19 October 2013

Bibir Kawah Gunung Berapi



Original Photo By: Nanie Amat
Location: Bukit Tengkorak, Semporna Sabah

BIBIR KAWAH GUNUNG BERAPI


Katanya,

Satu ketika dulu... 
"aku" adalah saksi 
amarah Sang Gunung
memuntahkan lahar panas dari perut bumi, 


Maaf, sudah ku siapkan tembok tinggi
telah ku pahat, ku patri, kusimpul segala rasa belas kesal 
Untuk tidak tunduk berpaling melihat air mata tangis mu
kerana aku tau ITU yang terakhir
sebelum aku nekad berundur, terkubur
dimamah sejarah


agar hari ini aku mampu bahagia
melihat pohon, lalang tumbuh hijau, segar
Menumpangkan segerombolan fauna membesarkan generasinya
pasrah dalam redha membenarkan anak cucu ADAM berdiri megah di bahuku 
sambil menyapa "Ă„ssalamualaikum Wahai Orang Tua Yang Sedang Tidur"


ku cuit kakinya, kubisikkan pesanan bersama bayu laut
"Jangan kau cuba kejutkan, kerana dia adalah sebahagian dari rembesan air liur panas nenek moyang ku. aku khawatir jika dia terjaga dari lena yang panjang, ia mampu membangkitkan ghairah rasa angkuh si Magma 
yang sudah lama ku MAKAM kan, jauh di Dasar Lautan.....


Nanie Amat
Labuan F.T
19 Oktober 2013