Posts

Showing posts from November, 2012

Aku & Sesuatu

Image
AKU DAN SESUATU
Biarlah aku terus menarikan masa silam disini, antara benih yang meminta simpati pada air masin, pasang atau surutnya seperti mereka tidak lagi berteduh rimbunan dedaunku, hanya ranting yang ia tak pernah sesal pernah muda, tetapi masih ada angin dari lautan bersiul di ranting, jika ia berlagukan sendu buatku, biarlah.
Dan matahari, kau kala senja seolah simpati pada tiang kurus ku menunggu maut menumbangkan jasad, biarpun aku sebenarnya masih hidup, seperti kalian mungkin menanggung uzur yang mengira waktunya matahari jika selesai menyeberang lautan menarik malam, umur ku pun bertambah, tak perlu dirisaukan kerana aku tidak pulang pada reputan yang dimamah pasir, tetapi adalah aku hilang di sebelah matahari, mungkin menjadi tetamu Tuhan yang diampunkan
Aku pohon indah kala senja, tak perlu kalian memuji kerana selama aku bagai tugu hijau di persisiran ini, ramai sahabat ingin bersalam dengan ku, ikan-ilan, penyu, ketam atau todak sekalipun, dan saatnya aku tumbang mereka …