Posts

Showing posts from January, 2012

Gong Xi Fa Cai

Image
Ni citer dah bangas org sabah bilang...wakakakka. sebelum cuti ari tu aku cakap kat student cina, "esok bawa limau untuk cikgu ye" :D.....Selamba badak kan cikgu ko mintak limau. sekali aku masuk 1H (ni kelas pandai ni), nah ko...5-7 biji drg bagi. aku sebenarnya dah lupa, aku cakap mcm main2. alhamdulillah la.....terima kasih banyak2. sempat bagi kat Erna juga.



Cerita Cuti

Image
Ari ni ari ahad. aku baru balik dari kg. esok kan keje. Macam2 cite maser cuti lalu. maser aku balik ari sabtu tu, adik aku cakap jiran sebelah rumah aku mama si Lusin, terjatuh lalu pengsan. Ader pendarahan di otaknyer. citer nyer mcm ni, petang tu dalam jam 5 lebih, nak dekat maghrib, jiran aku bagai makan anjing dier kat kandang (jiran aku muslim, tak taw la aku aper motif dier nak jaga anjing), tetiba dier jatuh lalu pengsan. pastu org tak terus jumpa dier, anak cucu dier heran apsal lama sangat jiran aku g bagi makan anjing dier, pastu cucu dier pon g tengok, sekali ditengoknyer, neneknyer dah terjatuh. drg bw g hospital, pastu terus dihantar ke kk. ader pendarahan dlm otak. dier koma. sampai la ari ni tadi, ahad 29hb, dier menghembuskan nafasnyer yg terakhir. innalillahiwainnailahirojiiun. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Orang kata tempat dier buat kandang anjing tu padang bola makhluk halus. tak taw la.....kiter tak nampak benda2 macam tu mungkin juga.


ci…

Buat Relief

Aku sebenarnyer tak suka tugas ni. aku lagi suka kalo buat jadual induk. sbb apa? sbb.....jadual induk sekali je. ni tiap hari, kena datang awal.

yg aku geram giler, cikgu.....TUTTTTT......dah 2x last minute bgtau aku minta relief. Td terhegeh2 datang bagitau dier lambat dimaklumkan kena pegi meeting. sial palis kokan!!!!.......ko tunggu aku dah lama kat sini, after 12pm, ko buat la sendiri.!!!!!

Meluat

Terus terang cakap, aku meluat tengok org, berlagak macam diva. Ader la beberapa org. Eiiii.....mentang2 la kiter baru kan, so dier belagak la. Kiter ni punyer la senyum kat dier tpkan.....dier buat dek jer.....Contohnyer td. aku beselisih jalan ngan cikgu ***TUTTTT. Depan aku ader cikgu senior. Cikgu depan tu dier berbalas senyum, tiba kat aku terus muker dier jd kejang semacam. Aku doakan la muka ko tegang jer manjang. Nak kata lawa tak juga, ader la sket macam Halimah Jonggang. Aku ni pantang sket, org buat aku mcm tu, lain kali ko jangan harap dapat senyuman aku.

Kedua. td kawan baik aku, pun baru juga. Dier kata kat cikgu lama tu....."ala esok kena datang awal ker?" "aha, sebelum jam 11, di sini biasakan datang awal". Pastu aku dengar dier cakap kat kawan dier....." aku awal2 subuh lagi dah datang sekolah". Dasar penipu!! aper ker jadahnyer ko datang awal subuh ke skolah. kalo ngajo pagi tak heran la, ni ngajo petang. ari tu aku dengo dier citer, pag…

Saje Boring

Semalam kan, aku singgah kat Pasarraya, beli brg sket. Tengah aku berkira2 nak beli Tuna Mild Kurang Pedas @ kurang pedas....(dah jemu dik oiiii, makan maggie jew). Ader sorang mamat, comel jugak la, lalu kat belakang aku, sambil menelefon...

mamat: Hello Mak. Assalamualaikum. Kalo nak masak bubur kena guna santan ek? Berapa banyak?
hehhe......comelkan. lelaki nak masak bubur tanya kat mak dier. dah masak jangan lupe pass kat akak sket ye...:)
Petang smlm juga kak conie kerani kat sekolah lama call. katenyer kena sign balik sbpa sbb yg aku sign ari tu dier tulis tangan. yg ni kena taip, so sign balik. alahai, aku terfikir macamana nak mintak CRK. aku ni bab2 mintak cuti, takut sket walaupun itu hak kiter. pas2 petang balik skolah g la tempat jual tiket feri. ari khamis tak der kosong. penoh dah. sekali aku terus tanya utk cuti TBC. katanyer isnin 23hb jer ader kosong. labuan-menumbuk. M-L pulak 25 jer ader kosong. pastu penuh sampai 30hb baru ader ksong tu pon malam. aduhhhh.....harga…

Penat lagi

ari ni cite pasal penat lagi. lagi dan lagi, lagi,lagi.........wakakakak. smlm kan aku cite psl gotong royong. ari ni la. Balik jer, selesai urusan wajib, aku terus tido. Eh, semalam kan.....aku balik lambat. sekali balik tu anak tuan rumah ni tegur.

ATR (anak tuan rumah): baru balik?
aku:  aha. 
ATR: lambat juga? 
aku: aha lambat dr bandar.....

**dalam hati: chettt......penyibuk jew.. ko tau aper? aku balik lambat sbb nak makan lagi. dah la tak sediakan barang kat umah ni. sewa bukan main mahal, dah la api air tak masuk. ishhhhh........(amboi merungut, hang p cari rumah lagi murah dr ni....). wakakakk.........aku suka jugak la umh ni. tp jauh. malam2 ader plak budak sengaja2 kalo lalu depan bilik aku kaci mengaum moto dier. GERAM okey.....

ok sambung cite GR td. Aku rasa mcm membazir ko tau. Kawan aku Aishah beli langsir......mcm 59 meter. punyer banyak lebih. nak buat langsir cuma 10 meter lebih kurang la sbb td kitorang yg potong kain tu. pastu tikar aku beli smalam 16 meter. konon2 2 …

Fast Five

Image
Ari ni letih sangat rase. Pagi td ader perhimpunan Guru 1Labuan.....ngantuk giler, awal2 dah kene pegi Ujana. Pastu petang, terpaksa mencari alas meje kelas. Esok ader gotong-royong kelas. aihhhhhh........aku tak taw, ape masalah cikgu tu. Minggu lalu kan minggu pertama sekolah, pastu dier datang cari aku. katenyer nak buat meeting kelas ari minggu. Ok ari minggu, ble terima la sbb ari sabtu ader gotong royong cat billik guru. yang tu lagi la......aduhhhhh...punye penat. balik sampai jam 3.

lepas meeting kls minggu lalu, cikgu tu kata minggu depan ari ahad kiter gotong royong.......Ahad lagi? Sabtu tak ble cikgu? Nape nak bersama keluarga? sabtu ader perjumpaan sukan. Hello cikgu......kalo pun tak bersama keluarga, org nak rehat2 la.....hari minggu ok, hari MINGGU....faham tak?? Errggggghhhhh.......GERAM!!!!! (**dlm ati je la, luar2 tak berani sbb cgu baru...wakakkakakak). Cikgu tu kemaruk sangat kan nak menang pertandingan 3K.....nampak alim tp ngajo budak mencuri2 sunat. Tau ape? ma…

Lampu Misteri Mampu Menyala Hingga 1500 Tahun

Image
Aku bab2 misteri ni memang suka sangat baca. Tolak cite hantu la, aaa......yg tu aku takot. Ni nak share cite pasal lampu yang tak pandai nak padam sampai laaaa.......1500 tahun. ko mampu?????/ Perghhhh.....org zaman dulu2 memang HEBAT. Aku salute tang tu. Eh merepek banyak giler tak bez gak. Jom la baca sendiri artikel ni. Dapat dari Woodmedia. my. Thanx...:)


Seorang pengkaji sejarah Australia Robbert Briggen,berpendapat bahwa manusia zaman prasejarah memiliki kecerdasan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu (lilin) abadi.

Antara 10 Keajaiban Dunia yang Kurang Diketahui

Image
Salu Kite tengok 10 Keajaiban Dunia kan? Sekarang jom kite selongkar mana2 keajaiban dunia yang jarang kite ketahui, tapi ada.........(blajaq kat mane buat ayat tunggang tebalik nih...;)..

1. Banaue Rice Terraces di Filipina
    Merupakan sawah kuno yang berusia lebih 2000 tahun, terletak di gunung Ifugao







2. Sigiriya di Sri Lanka










Merupakan sisa peninggalan istana kuno yang terletak di atas sebuah bukit batu. Sigiriya atau Batu Singa, terletak di daerah Matale, Sri Lanka, dikelilingi hutan, takungan dan juga kebun.


3. Tower of Hercules di Sepanyol



Menara Hercules adalah mercu tanda kuno peninggalan Romawi. Berketinggian 55 meter menghadap pantai Atlantik Utara, Sepanyol. Dianggarkan, menara ini sudah berusia lebih 1900 tahun.


4. Toru, Kota Kuno di Poland Utara






5. Ajanta Caves di India



6. Lembah Bunga di Himalaya

Lembah Bunga adalah lembah yang berada di banjaran Himalaya. Para pendaki dan juga ahli botani menggambarkan lembah ini sangat indah. Wujud sejak lebih dari seabad lalu.


7. Metéora, …

Info Kesihatan: Udang tak boleh di makan bersama Vitamin C

Image
Info From: Facebook Zur Al-ikhwan

Ishhh...terkezutt me. Dah la I memang minat gilerrr makan udang. ok jom kiter share info ni. ......











Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.


Dari manakah arsenik yang datang?

Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.


Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.

Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'

Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?

Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan …

Jurujual Pe MALAS....

Image
Jurujual semalaysia, Jangan boom I ye. Tak sume. Sebilangan jew.. Kadang2 kan Jurujual ni pemalas taw, dah salah dier nak senang je atur2 kan kiter. dier ingat senang nak carik duit. 5 sen pun I bekira taw.... cite nyer chengghini...

ari tu aku beli buku. Buku sekolah. I kan baru masuk Tingkatan 1..ahakkk......dier selumber badak je enterkan buku tu 2 unit padahal aku beli 1 jer. ok aku diam, sbb aku ingat aku salah tengok. Pas2 dier bg resit n pulang baki aku pun check balik, ishhh...betol la. aku cakap kat dier, "dik salah ni saya beli buku ni 1 jer, tp kamu enterkan 2 unit". " oh....kakak ambil la 1 buku lagi". amboi.....kelass ko Dik nak mengatur2 aku segala. "Saya tak nak, saya nak duit saya balik". dier pun buat muke sengal......Peduli aper aku. duit aku mesti la pertahankan...RM 1:30 je pon....eh duit gak tu, kalo aku beli cola dah dapat 1 tin ader baki lagi seposen......okay....

Tengah drive balik tu terfikir macamana kalo makcik2 yg tak tau baca?…

10 Bangunan Paling Menakjubkan Di Dunia

Image
*credit 2 http://arif89trg.blogspot.com/

10 Bangunan Paling Menakjubkan Di Dunia
wow......wow.....wow.....Tak terkata dah kekaguman aku kat bangunan ni. Memang berbaloi2 pon kalo argenyer diletak tinggi. Inii soal bakat okey......Tak sume org ader. Jom kiter tengok.....

Senibina moden telah membawa banyak bangunan-bangunan yang menakjubkan kepada dunia.
Bentuk yang aneh, reka bentuk yang bercita-cita tinggi, bahan-bahan baru, dan gaya yang berbeza yang baru datang dengan seni bina moden ke dalam pembinaan hariini. Tujuan bangunan itu tidak sentiasa dilihat dalam reka bentuk. Muzium futuristikdan rumah opera telah menjadi satu perkara biasa. Hari ini saya senarai 10 bangunan yang paling mengagumkan di dunia.

Cubic Houses, Rotterdam, Netherland




Piet blom mempunyai idea 'Cubic Houses' dalam tahun 1970-an. Sebahagian daripadanya telah dibina di Helmond dan apabila bandar Rotterdam meminta beliau untuk membina rumah di atas jambatan pejalan kaki dia memilih konsep seperti ini.

Dancing B…

peta atlas?

Eh?? apsal lak peta atlas.......??? hehehhh....dah takde tajuk lain eh?

citenye chenginih, aku kalo bab2 tajuk ni mmg payah sket idea bernas kuar. tetiba teringat tajuk aku ngajo ari ni...smlm punya la goggle aper makna atlas...takut budak tanya. sekali nak mencari tajuk utk blog.....nama ni plak yg kuar. puas dok usir2 tak mo lari, makanyer aku pun pilih la peta atlas. hehheh....dah rezeki dier nak buat chengane lagi kan.......

ok la nanti sambung balik. gd nite......