Tuesday, 13 November 2012

Aku & Sesuatu

Photo By: Sang Semut Hijau
"Dijemput Pulang"


AKU DAN SESUATU

Biarlah aku terus menarikan masa silam disini, antara benih yang meminta simpati pada air masin, pasang atau surutnya seperti mereka tidak lagi berteduh rimbunan dedaunku, hanya ranting yang ia tak pernah sesal pernah muda, tetapi masih ada angin dari lautan bersiul di ranting, jika ia berlagukan sendu buatku, biarlah.

Dan matahari, kau kala senja seolah simpati pada tiang kurus
ku menunggu maut menumbangkan jasad, biarpun aku sebenarnya masih hidup, seperti kalian mungkin menanggung uzur yang mengira waktunya matahari jika selesai menyeberang lautan menarik malam, umur ku pun bertambah, tak perlu dirisaukan kerana aku tidak pulang pada reputan yang dimamah pasir, tetapi adalah aku hilang di sebelah matahari, mungkin menjadi tetamu Tuhan yang diampunkan

Aku pohon indah kala senja, tak perlu kalian memuji kerana selama aku bagai tugu hijau di persisiran ini, ramai sahabat ingin bersalam dengan ku, ikan-ilan, penyu, ketam atau todak sekalipun, dan saatnya aku tumbang mereka mungkin membisikan rindu, bukan tidak diratap untuk suatu kematian, seperti kalian, mati meninggalkan nama atau sejarah enggan menyebut nama mu lagi, manusiaku

Yatim Ahmad
KOTA KINABALU

Sunday, 28 October 2012

salam aidiladha

Salam Aidiladha. :)
Baru balik dari kk. dapat kiriman sebiji durian dr my mom..:) Rambutan xde, mak aku dah booking rambutan 16 Nov (bersempena aku balik...:)). bukan alang2 10kg tuhhh...:). Mak aku kirim durian 3 biji, dapat sorang 1. kakak aku kat kk dapat 1, adik aku kat ranau dapat 1, aku kat Labuan dapat 1...:) thanx bu.....

malam sebelum raya tu ramai kengkawan dok post kat FB kekangan balik di waktu raya. yg di semenanjungnyer masalah jam. yg kat sabah pulak masalah deley.. mcm 2 arie jugak stuck kat KKIA.. sian......seb baik aku tak der masalah tu. cuma aku balik baru ni accent tinggal la kat terminal. tiket abih katanyer. tapi tak risau dah sbb dah beli tiket feri 16 Nov.....aku nak cuti2 Malaysia...yahooooooo!!!!!

ohh? Lupa. Td kwn datang umah. sembang punya sembang, dier ter cite psl adik dier. Nak benti sekolah sbb salu kena marah cikgu2. emm.....adik dier ok cuma rasanyer dier ader masalah pembelajaran. lambat. mungkin kalo dikesan dr awal dier sepatutnyer sekolah kat sekolah Pendidikan Khas. pastu kat rumah pula si suami pun salu mrh2 adik. katanyer si suami tak suka pd keluarga si isteri. mak abah mentua dier pun dier tak suka. aduhhhh...payah la cenggitu....ko kawen ngan anak dier, tetiba dah dapat tak suka plak.....aihhhh. aku kata nasihat la suami tu. dah nasihat dah, aunty, mak dier sume dah nasihat tp si suami tak makan nasihat.

aku penah jumpa mak kawan aku. baik orgnya cuma aku tak berapa nak faham melayu dier. emm kawan aku dr sarawak, itu la kot melayu mak dier tak berapa nak paham. tp aku ok jer. tapi kalo aku dibuat begitu oleh sang suami, mmg aku tak ble tahan. sepatutnyer masa sblm kawen kena buat perjanjian. kalo ko nak kawen ngan aku, ko kena juga boleh terima seluruh keluarga aku. kalo tak....tak minta maaf la barangkali kita bukan jodoh yg sesuai. hehheh.....amboi mcm belakon. tapi kena buat mcm tu. ini mak abah dier makan hati. nak duduk labuan sampai setahun, sampai adik dier abis spm. baru balik swk. dlm tempoh tu makan hati. arghhhh...sedihnyer.

harap2 bakal suami nanti jangan la macam tu. kalo dapat perangai gini, baik sendiri, tak yah kawen.....
ramai lg org yg bertimbangrasa diluar sana.....harap dpt jodoh yg baik budi pekerti. amin.....

Tuesday, 23 October 2012

Terima Kasih Atas Aura Mesra Yang Disebarkan....



Terima kaseh atas penerimaan baik kalian pd saya. Sebetulnya sy ari ni rasa terkedu bilamana kalian nampaknya "mbuka ruang mesra" pd sy. sbb nyer sblm ini bila sy msk, sy mcm syok sendiri senyum padahal org tak pandang pun awak msk n awak senyum :) Jika kebetulan mata kita bertembung pandang, ader la org balas senyum tp hambar kemudian tunduk. atau kdg2 bila kiter tanya sesuatu, jawapannya acuh xacuh.



Saya ingat tu, "tu nampak tu, ats almari, nampak?" , "Photostat sendiri ble tak?" "sy tak pandai, ble ajarkan sy?" "meh la kertas tu sy photostat, awak duduk la di sini!". awak tarik kertas tu & berlalu pergi, xsempat sy nak bagitau "sy nak 5 keping". Awak tau tak, di tempat lama sy tak pernah dibuat begini. Bukan awak ajak sy masuk ke dalam & ajarkan saya cara menggunakan mesin photostat tu. Saya yakin sy ble buat sekiranya awak ajarkan sy. Mungkin awak ingat sy sengaja nak menyuruh2. Ahernyer sy pandai guna juga n xperlu menyusahkan awak, itu pun pakcik Bilik Cetak tu yg ajarkan saya. Terima kasih Pakcik..:) Awak tau tak, betapa malunya saya, maruah sy bagai dipijak2. kawan awak semua pandang saya terkulat2 kena marah dek awak. sy nampak awak tak hormatkan saya sebagai rakan sekerja yg baru.hehehh....sekarang saya ketawa tp dulu sy menangis :)



Atau kdg2 bila saya msk, semacam saya dipandang dr atas kebawah. :) Err...kenapa? saya pakai tudung terbalik ke, baju saya berkedut seribu? Tidak juga. oh..rupanya sy sedang "dinilai". Berapa hargakah kain yg membaluti tubuhnya? Hehheh……Br sy faham. Kalian pandang penampilan seseorg br ble dijdkan kawan & hanya kwn yg patut dihormati kemudian ditolong.....aduhh. Saya harap "faham" sy itu biar la tersasar. Takpe la. Mmg saya tak pandai bergaya, seperti kalian. Kain saya kain murah, tudung saya tudung ketinggalan zaman…. :) tapi saya yakin & tak perlu rasa malu sbb saya tampil dalam keadaan kemas & selesa. Saya sangat yakin tu (sbb dah bercermin 2,3 kali :) 10 bulan sy di sini, br arie ni sy terhidu aura mesra dr kalian, membuatkan sy terfikir, kenapa? Kenapa tiba2 saja ia berubah? adakah kerana borang pink tadi? ya sy yakin sbb itu. Kerana itu tadi yg membawa kalian bergurau bersama saya, kemudian kita sama2 ketawa. Mesra & penuh keikhlasan. Jangan risau, balik nanti kalo ader lebih saya akan bagi awak souvenir 1 sorg… :)



Terima Kasih. Saya tak mengharapkan banyak perkara daripada kalian, hanya saya mengharapkan kita saling hormat menghormati, bekerja sebagai satu pasukan, walaupun kita dari bidang yang berlainan namun saling berkaitan & yang penting kita bernaung dibawah satu label yang sama...:)

Izinkan Ku berbaring di di hamparanmu wahai pasir....

Photo:
Nanie Amat
Pohon Batu Beach
Labuan F.T


'...aku tidak mampu lagi untuk menentang angin, setelah sekian lama, hanya mengelus akar ku, kiini aku disorak sorai ombak, kadang membelai aku, kadang menolak aku ke tepian, aku berkawan dengan mu ketam dan kerang-kerangan, kau berteduhlah di tubuhku ini, biar ketuaan ini tetap berbakti kepada kalian, kalau dahulu senja mengundang camar beristerahat di ranting ku hijau, aku tahu ia kini tetap mengintip hingga pada sisa maghrib, aku mengucapkan salam kepada tetanggaku...'

Yatim Ahmad
Kota Kinabalu

APA KALIAN SELALU BICARAKAN

Photo By:
Nanie Amat
Pohon Batu Beach
Labuan F.T


APA KALIAN SELALU BICARAKAN

kalian awan, sudah bersengkokol dengan angin untuk menerpa daratan, gelombang pula mengumpul bala tenteranya dan sebentar, ribut akan bermaharajalela, tapi langit biru berkata: jangan ganggu aku bercermin di belantara ini, pergi lah bermain di tepian ku sahaja, esok aku panggil bermesyuarat untuk mengerumunii bumi dengan temasya bencana

Kemudian pasir berpesan pada pokok Rhu, kalian tanamkan akar sedalam mungkin, kelak kalau aku ikut mereka menerpa daratan, kamu masih ada untuk tempat kami berteduh

KOTA KINABALU

Thursday, 4 October 2012

Sepasang Mata Indah

Untuk Sahabat yang dihormati: Shahizan Desa



Sepasang mata indah
Merenung jauh ntah kemana
Tapi aku yakin, 
sepasang mata itu ibarat sebuah video camera
Merakam selautan subject matter yang tak mampu lari dari kecekapan matanya bergerak
Memory mindanya mengambil tempat
Memuat segala macam objek dari abstrak ke realistik
Disusun kemas kiri dan kanan, bertingkat-tingkat
Dipahat kukuh, dipaku dengan ingatan jangka panjang
Agar nanti bila tiba masa bertemu si kanvas putih
Komunikasinya lancar tak tersangkut-sangkut
Dek si lupa yang sentiasa mencari ruang mengacau-bilaukan idea ….:)


Nanie Amat
Labuan F.T

Saturday, 22 September 2012

India & Kashmir

Semalam rakan aku Miss T, tanya samada aku berminat nak ke India/ Kashmir? Lalu beliau unjukkan 1 tentatif. Baru plan. Arge dalam Rm 4480/=. Bila sebut India aku teringat seorang kawan yang aku baru kenal mase traveling ke HK 2010 dulu, Kak Nana. Dia penah kata teringin nak ke India...:)

So malam tadi aku mula contact kawan2 yang memang kaki travel. Kak H, Kak N.....Kak S. salah sorang mesti la kak nana. Kak N, tak berminat. tp kalo pg negara Kanggaroo baru dier berminat. Kak H, on je, kak E pun. kak Nana tak nak join sbb dier baru balik dr Indo tarikh nak p tu, lain kali saja, katanya. ok, ader rezeki ble pg lain kali. 

Aku salu dengar beberapa potong ayat dr sahabat2.....yang kadang2 aku tak berapa nak setuju

Cth 1: 
"Kenapa India"? ada apa di sana? 

Cth 2: 
aku:  teringin la nak pg beijing......
Frenz: apa yg ko nak sangat g sana tu? Kiter dah penah g korea. Pesen muka drg sama je. mata sepet. cuaca pun sama mcm tempat kiter. pg la tempat yg lain dr tempat kiter penah lawat. 

Ya...secara peribadinya aku memang tak setuju pendapat tu. (tapi.....ahhh itu kan pendapat dier, terpulang la kan, aku nak sentap apsal). heheh....aku bukan nak menyentapkan diri tp oleh kerana ayat tu ditanyakan balik pada aku, aku kena nyatakan pendirian sendiri. Sebenarnya kena balik kepada niat masing2 kenapa nak melancong. kenapa tempat tu kiter nak p? Pada aku sendiri, yang menjadi keutamaan aku pg ke satu2 tempat adalah untuk meluaskan pengetahuan, mengetahui cara hidup, budaya masyarakat, sejarah, seni reka bangunan, kesenian.........Shopping? itu perkara terakhir yang ada dalam kepala aku. kalo kata tak beli langsung tu tipu la. kalo pg mana2 tempat ada la juga beli sesuatu untuk kenang2an. 

Yupp....Beijing memang salah satu dari wilayah China. Aku penah pegi HK, Shenzen, Korea. Wajah, mata sepet, kulit putih kapas, kiter akan jumpa di sana. Persoalannyer adakah wajah figura saja yang kiter nak tengok? barangkali kesenian yang ada di Shenzen tak sama dengan yang ada di Beijing. Kalo tak ke HK barangkali aku tak penah tau (sbb tak nak amik tau) bahawa, ada orang yang sanggup berenang merentasi sungai yang luas untuk menyeberang ke HK, Semata2 nak mencari rezeki di HK. Menurut Jessica, tidak ramai yang akan berjaya menyeberang sungai. kalo pun ada itu barangkali 1 bonus. Selalunya cubaan itu kecundang, kalo tak di baham buaya, ada yg akan ditembak. Itu semua pengalaman/ ilmu yang sangat berharga. 

Sebahagian photo tentang India.....(Ehsan Cik Goggle): sblom pg kena cari sebanyak mana info dulu.....:)




Cantik sangat.

Proses pembelajaran tu sebenarnya banyak. Melalui pembacaan, Pemerhatian, mendengar....tinggal kiter nak pilih mana 1 je. Jangan kiter menyempitkan ruang pembelajaran tu, kalo itu berlaku kiter yang rugi. 1 Lagi yang aku fikirkan, kalo ada rakan yang ajak pg, kebetulan ader rezeki, jangan tolak pelawaan tu. Sebabnyer kalo kiter tolak sekarang tak tau bila masa lagi nak p. ble je pg ikut travel agent tp kalo tak de geng tak best juga. Lain la kalo kiter pg backpacker, itu lain cerita. Setakat ni aku dah rugi 2 trip sbb tak join kwn2. Beijing n Jepun. Salah 1 tempat yang memang kaya dengan pemandangan yang cantik, kesenian yang memukau. (Ini mesti pengaruh maser blajaq dulu, sbb buat kajian seni oriental, banding budaya dinasti ni dgn dinasti sblom @ selepas :)). Takpe la....kalo ader rezeki, insyaallah dapat pegi. Mana tau dapat bakal2 (H) yang sama minat, kaki travel, ble ajak dier pegi...:p....



Taj Mahal, nak tengok ni kalo jadi pegi....

Nak tengok jugak dr dekat makanan ringan yg popular di India

Kak Hasnah kata mase pg tu nanti, india dah mula kepada peralihan musim...


Salu tengok kat Tv je dalam cite hindustan. 

Seni bina yang mengkagumkan

Photo2 ni membuatkan aku lagi tambah teruja nak ke sana. Insyaallah........
Aher sekali, aku nak share ayat ni. Pendapat dari seorang rakan. aku suka n setuju sangat.....

"Sesekali kita perlu pegi melawat tempat yang kurang maju dari segi ekonomi, infrastuktur tetapi kaya dengan kebudayaan negara bangsa kerana dari situ kiter dapat belajar tentang erti kehidupan yang sebenar2nya"....

*ayat diolah sedikit tanpa mengubah maksud asal supaya lebih manis didengar...:)

Sekian....

Tuesday, 18 September 2012

Wi-Fi Free

Salam..
Wah lama betol aku menyepi. Bukan apa, cuti banyak sangat...:) (cuti la banyak mase kan...alasan!) err...selebihnyer berukban ni lambat sangat. Tak tau la, aku tak paham atau dier ni mmg nak makan duit org je lebih?? dulu aku amik pakej RM 68 sebulan. pastu dah lambat sangat, banyak kali jugak la topup GB. salu tu 1gb la. RM15 beb......emm pastu baru2 ni aku upgrade kan pg pakej RM 98 (lebih kurang, aku tak ingat) baru pakai tak sampai sebulan dah lembap balik n suh aku top up kalo nak laju. aish aku pelik bin ajaib okeh.....sebab kata cik yg keje kat celcom tu elok amik pakej 98 saja. ni dier yg syorkan) sbb kalo nak yg 100 ke atas tu cam tak berbaloi. sbb kalo cuma nak cari bahan, on9 fb tak banyak bazir gb. kecuali kalo download movie. Tang ni aku pelik. aku tak penah dload movie. tetiba jd lembap. aihhhh...ni yg aku cepat bosan. 

ok...tinggalkan cite menyakitkan hati. Td aku tertekan pg Wifi. sblm ni aku tak paham, sekali tetiba kluar daftar wifi KTW (kg tanpa wayar) aku pun tekan2 ikut arahan......sekali boleh pula guna. yahooooooo....sekarang ni aku dah tak risau kalo BB buat hal..... 
sblom ni aku salu nampak signboard Kg Tanpa Wayar. Aku tak paham.....(lembap sangatkan) o...rupanya ini la maksudnyer....:) 

harap lepas ni kiter salu juma di sini @ di fb @ di yahoo @ d Hotmail.........yeaaaaa.

itu saja. bye.....

Wednesday, 15 August 2012

3 Suara Miming (Lagu Raya)



Lawak aidilfitri.......hehheheheh

Kreatif juga la mamat 3 orang ni. memang lucu. mula dapat dari kawan FB Zul PK.

Paling lucu tengok baju merah tu. ngam betul. lembut jer badan dier menari. yg 2 tu comel je, muka pun sama. adik beradik kot. aper pun mmg kreatif......:) tahniah....

Balik Raya

Assalamualaikum n Selamat Pagi.....
ari ni 16 Ogos. Tak keje, sbb dpt cuti berganti. So, bersedia untuk bergerak balik kampung......aku tak dapat tiket, waiting list jer..:( tapi tengok ni.....


foto diambil pada jam 5:40 pagi. tapi tengok Q tu......panjang betul. ingatkan aku bertolak subuh td dah cukup awal.....:) gigih malam td kemas barang, tido pun lewat, jam 3.00am beb.....alarm bunyi 3:50 untuk sahur, ble lagi tdo kejap 50 minit. Semangat nak balik raya kan, tak rasa mengantuknyer...:)

mula sampai td ader viva hitam dpn accent tu, sekali dier keluar balik. tak tau nape, dapat la ke depan sket...makaseh tuan punyer viva...:) tengok si accent tu, skirting depan dier dah hilang, :) masuk lubang,  tambah parah bila naik feri, sangkut pulak.....habis rongak gg tepi tingal gg depan, tensi jugak la. terus order baru RM250. ingatkan mahal. tak masuk cat. sekarang yg baru tu ader dok kat umah, tak antar cat lagi. nanti lepas raya. kalo pasang skg sama gak, kalo sangkut lagi......sayang beb dah la baru beli.

tak pe tahan la hati. mmg la nampak tak comel......tp kalo patah lagi, kopek duit weiiii. antara 2 tu aku pilih tak comel untuk sementara waktu...:)

apepun, kepada rakan2 saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hati2 dijalan raya, pandu cermat jiwa selamat.....:)

wassalam......

Saturday, 11 August 2012

Minat

Salam. 
ari ni td sekolah tp tak ramai yg p. Yang best nyer sek sampai 2.50pm. Jadual jumaat....mula awal jam 11. :)....

Cerita pasal minat, korang hobinya aper? aku suka melukis. Tapi kan sekarang ni, sejak tak ngaja seni dah aku mcm kehilangan masa utk melukis. kalo dulu, masa pnp, sama2 melukis ngan bdk2. 

Dulu aku tak pandai lukis potret, tp sejak berlatih sket2, nampaknyer ader kemajuan. Kalo rajin sket lg...mesti tambah mahir..:) 


Pensyarah d UPSI dulu
Prof. Zul

Sahabat
Mr. Mohq




Foto diambil menggunakan kamera HP Murah...:) ader beberapa lagi tp malas nak amik gambar. tunggu aku beli Samsung S III, senang sket nak transfer gambo....:)


Friday, 10 August 2012

Guru mengamuk kerana elaun



Salam n Selamat Pagi...
Lepas sahur n subuh, tenet laju jer berbanding mlm. Rasa rajin pula nak menaip..Arie ni sabtu 11 Ogos 2012, kije ok. Ganti untuk cuti ghaye 17 Ogos....Maka nyer perlu tunggu siang nak jemur kain awal, lambat nti panas plak...:)

Ok kembali kite kpd tajuk sebenar. aku dapat video ni dr FB. Seorang Guru yang mengajar di pedalaman marah kerana tak dapat elaun pedalaman. Marah betul dia....:) Tapi barangkali ada kewajarannya. Aku terbaca komen seorang insan pada Video tersebut "ini lah jadiya bila kerja tak ikhlas". 

Pendapat secara peribadi aku, ini bkn soal keje xikhlas, sebenarnya. Kalo kiter tgk video ni smpi habis, jawapannya ada dsitu. Ini soal keadilan (bak kata beliau). Sek yg lebih jauh ke dlm yg lebih daif, x dpt elaun pedalaman, tapi sekolah yang lebih dekat keluar kebandar, dapat elaun tu. itu la puncanya kemarahan beliau. Kalo nak bagi, biar sekolah yang sejalan dengannya dapat. kalo tak nak bagi, semua sekolah yang berkenaan pun tak dapat. itu saja sebenarnya. kalo kita fikirkan secara logik/-ve ada kewajarannya juga. mungkin kita tak pernah merasai pengalaman seperti ini. kata org duk pedalaman xbyk pakai duit tp sebenarnya tidak. Sekali mereka keluar tu, ada kalanya tambang mencapai ratusan ringgit. kalo berulang nak kena beli minyak. 

Aku tak pernah merasai keadaan seperti ni. Alhamdulillah...tapi pernah merasai perjalanan dari Pekan Ranau masuk ke SK Timbua, Ranau. (Nanti aku cite kemudian.)...

Aku teringat kakak aku, dulu pun kije jauh nun dipedalaman. Di Terusan Sugut, Sandakan. Aku penah pegi tmpt tu dulu. Untuk sampai ke sana terpaksa menaiki bot. kalo bot laju (laju ke dengan enjin 15) mengambil masa 3 jam, lebih kurang kalo laut tak berombak. kalo naik kapal (kapal yang tangkap ikan), mengambil masa 6 jam. Naik kapal aku tak penah, naik bot, ya penah. cabarannya...perghhhhh. kalo tak biasa mmg mabuk laut. menakutkan ya juga. bayangkan kalo berombak dgn bot kecil tu, masuk air, tenggelam beb. nasib baik aku pandai berenang, masa sedikit berani...:) n alhamdulillah aku bukan jenis mabuk laut sbb dr kecik dah biasa naik feri dari Limbang ke Labuan :)

Ujung bulan nak keluar ke bandar, kalo kebetulan ader penduduk kg nak ke bandar. selamat la duit (bg tambang kadar biasa je). tapi kalo tak ader, kakak aku terpaksa mengupah. nak mengupah tu, samada beli minyak sendiri then org tu antar ke bandar @ bayar tambang kpd orang tu. nak bayar bukan $10-$50 ye...tapi boleh cecah sampai $100. Lepas tu nak kena bagi belanja dier duit makan. Kalo nak masuk balik ke tempat kije, terpaksa berjanji ngan penduduk kg suh tunggu. pastu bila masuk, barang kakak aku mcm org nak pindah....punyer banyak berkotak2, stok 1 bulan katanyer. kalo kat dlm mahal, biasa la. Kakak aku penah cite dulu, cikgu di situ tak puas hati sbb kakak aku (nurse) dpt elaun pedalaman ($500), drg tak. 

oh ye, cite yg tadi tu. Aku penah juga merasai perjalanan ke Timbua, Ranau (Ketika menghantar adik yg dihantar mengajar di sana). Aku ingatkan bangunan sekolah adik disitu, rupanya bukan, jalan lagi sampai ke Kg Tumbalang (Betulkan, sekiranya aku silap mengeja nama kg) Sangat Jauh dengan jalan raya yang sedang dalam proses dinaik taraf. Pada hari pertama, baru separuh jalan, kami dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan dengan viva comel abang aku. 2 hari selepas itu, datang balik dengan hilux yang disewa..:) al-maklum la, orang baru nak masuk keje, barang banyak juga la...n tak mampu nak beli kete besaq..:)) Dengar cerita, masaalah yang sama seperti cikgu ini juga dialami oleh adik aku. Adik aku ngaja kat Tadika integrasi di Kg Tumbalang. Jauh lagi sedikit dari Kg Timbua. Jalannya juga tidak la sebaik kiter sampai di SK Timbua. Tak ada air paip, api pun tak ader. Oleh kerana Tadika adik aku berada di bawab label SK Timbua, maka dier pun tak dapat elaun tu padahal sekolahnya tak sama bangunan n tempat.

Tapi tempat tu memang cantik, tenang, udara segar, air sungai jernih, hijau, atas bukit saujana mata memandang, masih tak tercemar. (kalo stok insan nak cari bangunan tinggi, pusat karaoke, LRT mmg tak ader la di situ..:) tapi insyaallah kita dijanjikan dgn pemandangan semulajadi yang cantik, ketenangan. Pengalaman hidup seperti ini sebenarnya sangat besar ertinya, mungkin hari ini pahit tapi sangat manis dikenang semula bila dah pencen nanti...aku salute pada kecekalan guru2 yang mengajar dipedalaman. Tahniah & Syabas Cikgu.......:)

* Berikut beberapa gambar trip ke Timbua. Sampai sesat ke Poring..:) Kalo naik atas lg memang mandi air panas la jawabnyer....tp sampai Sk Poring jew...:) Eh...tapi tujuan aku mengupload gambar ni bukan bertujuan nak menghina tempat atau sebagainya tapi kalo boleh mari kita sama2 menghayati, merasai pengalaman sebegini. :) 



Yang ni ok lagi nampak rata je kan, ada satu kawasan tu, lubang besa2, kalo sangkut mmg perlu tarik la.  jalan lori wajar la kan....:)





Sekian......:)





Thursday, 9 August 2012

Catan Biru II

CATAN BIRU (II)

Photo By:
Nanie Amat
     Layangan, Labuan F.T

Telah kuberikan pensil dan kertas..
Lukislah semahumu, biar saja kuperhatikan
Gambarkan hitam dan putih kehidupanmu

Kerana ku tahu lambat laun, dengan sedikit tabah kau akan pandai melakar, 
Gelap hitam itu telah kau kenal, begitu juga putih yg mengisi ruang.

Jangan menanti kerana aku tidak bercadang membelikanmu pensil warna
Dan tidak perlu juga ku ajar tentang kebijak sanaan 
Mengenal perbezaan biru langit dan laut agar suatu hari kau mampu
Membezakan warna pasir dan pantai , 
bila perlu kau birukan bulan di kaki horizon
dan mengerti pasang surutnya laut. 

Keindahan itu berkait dengan hati yang bersih dilakar di kanvas damai
Menghalusi setiap inci ruang hingga kau siapkan.
Seterusnya dibingkai dan digantungkan di tengah laman
Bukan dibiar kusam atau hilang begitu saja dilayang angin.

Carilah dirimu dalam lukisanmu. 
Kerana dengan mencari baru kita bisa mengenal untuk mentafsir
Lalu menilai dari gugusan ilmu, erti secalit warna di kanvas kehidupan.


Shahizan Desa
Kangar, Perlis
9 Ogos 2012


Saturday, 21 July 2012

Pameran Belut

Assalamualaikum. 
Hari ni 1 Ramadhan. Oleh kerana berpuasa, maka macam rajin sikit nak menaip. Kalo tidak jap2 jengok dapo, mana2 yang dapat dikunyah, dirembat saje. Asyik nak makan je.... Bukan lapar sangat pun tapi habit dr dulu zaman2 blajaq, mesti nak mengunyah..:) Nasib baik badan tak naik sama, kalo tak jenuh juga nak menurunkan balik...;) 

Ok cite pasal Pameran Belut. Aku pegi...bila ye? Tak ingat tapi dalam awal bulan julai rasanyer. Tapi ceritanya timbul ujung bulan ye? hehehh....nampak sangat malas. Bukan malas....tapi busy....;p (ayatcoverline).....

Pameran Belut ni diadakan di Muzium Marin Labuan. Kalo yang tak tau tu, letak nyer di belakang Kompleks Sukan Air Labuan. Belakang sekali, kecik je tapi 2 tingkat. Belakangnyer lagi...laut...:). aku pegi soarang. Sebenarnyer saje.....takut nanti adik aku tanya, eh ko dah p......muzium marin? taman burung....? ble...bla...bla??????? Malu weh.....tak p. dier dah sampai. hehheh.......Eh...tapi aku tak tau masa aku pegi tu ader Pameran Belut. Sekali sampai ader Banner ttg pameran ni. Bertuah la nampaknyer ye, langkah kanan org tua2 kata. 

Meh la layan gambo sambil becerite. baru bez...kan?
Sblom nengok gambor meh kiter berkenalan dulu ngan Muzium Marin ni. Seperti yang aku kata tadi, bangunannyer 2 tingkat. berkonsepkan kapal kater nyer. tapi betul la. tak caye tengok gabo nanti.



Add caption

Tengok, macam dalam kapal kan.......emm...ini kat tingkat 2. sume cite pasal hidupan laut. 

Peralatan menyelam yang biasa digunakan. 
 Sebenarnyer aku tak tau pun nama2 bendalah ni. Arief tau ni sbb dier suka menyelam..:) Sebab aku menyelam (dalam sungai cetek..:)) tak pakai sume ni. Aku main tahan nafas je. hehehhe.....tapi aku kenal la gambar. Nama saintifiknyer aku tak tau. Baju renang, tong oksigen, selipar itik, kacamata,....apa lagi? tu apa wane kuning? Lampu kot....emmm....apa lagi? hehheh.....nampak sangat org kampung (memang aku orang kampung). Bukan bidang kiter.....tu la tak tau.






Ni kenal tak? Yang ni Tok, Moyang segala hewan2. Ini tulang ikan paus ke @ Dinosour? tapi mana kaki dier???

Ni Muka dier. besaq gilerrrr......


Ruang untuk anak2 bermain sementara ibubapa tengok pameran

Cantik je....warna warni...

Tengok si kura-kura.....comel juga..

Perangkap ikan

Jenis2 ikan di laut dalam
Bersambung..........

Friday, 13 July 2012

Taman Botanical, Labuan

Aku pegi pada 8 Julai (ahad) selepas hari koperasi. Ingat nak menebak sunset tp awal sangat lagi, makaaku pun pusing streng ke sini.....emm.....skg bulan 7, maknanya dah bulan 7 aku di sini n baru bulan ke-7 aku merasa menjejakkan kaki ke Taman Botanical. Dashyattttt...PE-MA-LAS...wekkekekkek......Biase gitu la kalo dah duduk kat tempat tu salu je, nanti2 la.....org bercuti lain, macam adik aku cuti sekolah baru ni drg datang sini, abis drg keliling n jelajah Pulau Labuan ni, drg kata la. Sampai Muzium Chini. Aku tak penah lagi sampai Muzium Chini. Nasib baek Taman Burung dah p....hehheheh.

Ok meh kiter tengok2 gambo. bez sket. Sebenarnyer aku tak abih round lagi sampai belakang. Takut wehhh...maser tu pg sorang. Tak lama tu ader plak pak guard ajak sampai part bunga raya. ehhh....ape ke jadahnyer aku nak ikut. Buatnyer dier buat pekara tak senonoh, abih......dah la sunyi belakang2 tu. aku pun cakap, tak pe la. Nanti saya pg dengan kawan. tetiba tanya pula dah kawen belum.....eiiiii.....tak sedar diri ke aper. Aku rasa soalan tu tak der kepentingan untuk ditanyakan kepada pengunjung. Gileeee saiko pak guard tu....eiiiiii......  

Meh2.....jom tengok gambo.......









antara bunga2 yang ada


 Bersih jew......

Oh?? Taman Botani ehh? Yang aku dok tambah CAL tuh apsal?....hehheh...
saje suke suke...;p


macam 1 ni jer arca aku jumpa.....tak pe lain kali aku pg lagi.....
org seni, bab2 arca ni mmg. wajib di cari...diambil gambar dan sebagainya....:)
Petunjuk jalan......Plaza Arca, arah ke barat. aku tak nampak banyak arca kat situ.....
tak tau la kalo kat belakang banyak lagi arca

Port Memancing
cantik jambatan dier, berseni......ker aku amik gambar dier jd cantik.....hehheheh...(*sila amasuk bakul angkat sendiri)
Pandangan dari atas
Rumah atas pokok.....aku tak der naik. takut tak der kawan. buatnyer aku naik ader sang U..........eiiiiii....TAKUTTTTTTT.......
Dataran Bunga Raya aku tak p...jauh giler. sunyi...

Port Mancing, yang kiter tgk dr atas tadi tu
Ni jalan nak masuk ke dek Memancing.....
Sila....Sila.....umpan dah bawa....?